Home Isu Semasa Makanan Kilang Dibuang Di Kwsn Pelupusan Sampah, Tarik Perhatian Ramai

Makanan Kilang Dibuang Di Kwsn Pelupusan Sampah, Tarik Perhatian Ramai

290
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok zack.lkystar, dan telah ditular baru-baru ini.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana barang-barang pasaraya seperti makanan kering dan air kotak telah dibuang di pelupusan sampah. Pemilik video klip ini mengatakan banyak barang-barang yang telah dibuang seperti tin sardin, air kotak, kopi 3 in 1 dan mee segera, namun barang-barang tersebut tidak rosak.

Netizen turut memberi komen mengenai sitausi ini, mengatakan pihak kilang sering menolak barang-barang masuk ke syarikat jika lori penghantaran barang mengalami kemalangan dan tidak ingin mengambil risiko terhadap barang tersebut. Ada juga yang mengatakan kemungkinan barang-barang tersebut telah menjadikan ia sebagai hasil dari ujikaji sebelum barang-barang itu dijual, oleh itu salah seorang netizen juga memberi pesanan kepada orang ramai jangan mangambil barang-barang tersebut jika melihat di kawasan pelupusan sampah.

Baca lagi: “Bapak Ahh Meriah Gila Ulat..”- Terkejut Ada Ulat Sampah Pada Makanan

Baca lagi: Nestle akan menaikkan lagi harga makanan pada 2023

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@fieyna: klau yg di buang jgn d kutip takut ada masalah dr kilang….bahaya….sb tu stngh barang pihak kilang timbuskan bukan buang gitu saja….

@Nafisa: sayang nya dibuang.. kami orang miskin memerlukan

@DESICK30: slalu yg mereka buang hasil dari experiment dlm labour sebelum barang2 tu kuar di jual..just example..jgn tengok tarihk luput

@Ummu Khaulah: saya dlu masa kije syarikat transport , lori xcident kita kemek pun kilang x terima semula. samada buang atau siapa nak boleh ambil.

@Hayati7319: susah hidup mcm mana pun kshtn di utama kan..saya risau betul benda mcm ni ada yg kutip jual psr mlm nanti…

@KS Noah: Brg ni bkn dr kilang yg sama kot, tak logik yeos & cintan satu kilang….mungkin brg2 dari lori yg accident

@Noor Hidayahsidek: brg kilang buang sbb ada yg tercemar.. aq penah keja kilang biskut.. tgh proses tp kena stop sbb ada isu. time buat adunan tu ada plastik kat dlm dy.

@Mex Young: Tu batch yg tercemar.. Dh printed exp date sbb tu kna buang juga. Masa proses ada jatuh tikus dlm tangki besar.. Hmmm

@Fizz Tenang: kadang buang sebb x lepas audit, ala mcm kes sos carbonara prego tu. bnyk je kes ngn pengilangan makanan ni, bnde terpakse buang dri mbahayakan kesiha

@Syuk Rie_30: kenapa lah tak sedekah kan pada yg memerlukan..kenapa sanggup dibuang begitu saja..

@De papal: mesti fikiran panjang sebelum kutip, defact materials dri kilang kmungkinan product ada masalah ktika penghasilan.risiko utk consumer nanti

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 2M penonton, 42.1K sukaan dan 4871 komen.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleMenarik ! Kerajaan Akan Membangunkan Aplikasi Online Menu Rahmah
Next article“Kena Buang Budaya Cop2 Parking Ni”-Cop Parking Di Flat, Rumah B40, Selera T20
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here