Drama Melayu berjudul Harith Fayyadh yang sudah pun tamat tayangannya ini menjadi buah mulut warganet di TikTok. Beberapa babak yang nampak kurang logik telah tular di sosial media sebelum ini. Antaranya babak perut mengandung dilakonkan Nad Zainal yang nampak pelik dan kereta terbakar membuatkan penonton tertawa.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu lagi babak ‘pelik’ telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian semula menerusi satu akaun TikTok ini kelihatan babak sedang makan. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila pelakon lelaki itu makan tapi tak masuk mulut makanan yang disuapnya.
Dalam babak itu pelakon ini adalah Hafidz Roshdi yang memegang watak Harith. Berikut adalah perkongsian rakaman babak ‘failed’ iaitu makan tapi tak masuk mulut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun zulninie:
Memang nampak sangat pelakon ini tidak memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Dah kenapa tak makan betul-betul saja kan? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 22 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Part kereta meletup api dia macam filem tamil”
“Kadang2 ada makanan tu prop je makanan palsu. Kot malas nak masak production pegi beli kuih ke apa ke…Yang pelakon punnnn”
“Lahap sangat dia makan tu..Tak berhenti menyuap”
“Yang ni tak perasan pulak..Sebab scene ni dia kejam sangat kot”
“Apabila netizen sangat teliti. Jadi lawak dah hahaha”
Sumber: HCL