Home Hiburan Makan Tapi Tak Masuk Mulut, Lagi Babak ‘Failed’ Drama Melayu, “Tutorial Makan...

Makan Tapi Tak Masuk Mulut, Lagi Babak ‘Failed’ Drama Melayu, “Tutorial Makan Angin”

224
0

Drama Melayu berjudul Harith Fayyadh yang sudah pun tamat tayangannya ini menjadi buah mulut warganet di TikTok. Beberapa babak yang nampak kurang logik telah tular di sosial media sebelum ini. Antaranya babak perut mengandung dilakonkan Nad Zainal yang nampak pelik dan kereta terbakar membuatkan penonton tertawa.

Pelakon utama drama ini
Pelakon utama drama ini

Bagaimanapun, baru-baru ini satu lagi babak ‘pelik’ telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian semula menerusi satu akaun TikTok ini kelihatan babak sedang makan. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila pelakon lelaki itu makan tapi tak masuk mulut makanan yang disuapnya.

Dalam babak itu pelakon ini adalah Hafidz Roshdi yang memegang watak Harith. Berikut adalah perkongsian rakaman babak ‘failed’ iaitu makan tapi tak masuk mulut yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dengan nama akaun zulninie:

Memang nampak sangat pelakon ini tidak memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Dah kenapa tak makan betul-betul saja kan? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 22 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Part kereta meletup api dia macam filem tamil”

Makan Tapi Tak Masuk Mulut 5

“Kadang2 ada makanan tu prop je makanan palsu. Kot malas nak masak production pegi beli kuih ke apa ke…Yang pelakon punnnn”

Makan Tapi Tak Masuk Mulut 4

“Lahap sangat dia makan tu..Tak berhenti menyuap”

Makan Tapi Tak Masuk Mulut 3

“Yang ni tak perasan pulak..Sebab scene ni dia kejam sangat kot”

Makan Tapi Tak Masuk Mulut 2

“Apabila netizen sangat teliti. Jadi lawak dah hahaha”

Makan Tapi Tak Masuk Mulut 1

Sumber: HCL

Previous article“Kalau Saya Tertongg3ng Kat Rumah Nangis Dengan Anak-Anak, Netizen Tak Datang Ketuk Pintu” – Shuib
Next article“Jarang Jarang Berlaku Ni..”- Neelofa Terkejut Suami Tolong Buatkan Juadah Iftar
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here