Home Isu Semasa Lipat Duit Masuk Poket, Polis Trafik Kantoi Terima Rasuah?

Lipat Duit Masuk Poket, Polis Trafik Kantoi Terima Rasuah?

152
0

Tular satu video di halaman Facebook memperlihatkan seorang anggota polis trafik, yang sedang bertugas tampak seperti menerima suapan. Menerusi klip video yang berdurasi 41 saat tersebut, dapat dilihat polis trafik itu sedang mengepilkan dokumen sebelum menerima sejumlah wang dan melipatnya lalu dimasukkan ke dalam poket. Biarpun waktu dan lokasi kejadian masih belum dikenal pasti, ada yang meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kes ini demi mengelakkan nama PDRM tercalar.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

Menurut Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), mana-mana individu yang menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam, mereka boleh didakwa di bawah Seksyen Seksyen 23 Akta SPRM 2009. Ia boleh menyebabkan individu tersebut dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda sebanyak 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000, bergantung kepada mana yang lebih tinggi. Selain itu, mereka yang menawar / memberi dan menerima/meminta ‘suapan’ itu boleh didakwa dibawah Seksyen 16, 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.

Harap ianya sampai ke perhatian pihak berkuasa tu untuk tahu keadaan dan kejadian sebenar mengenai hal ini.

Sumber Facebook dan Wikipedia

Previous article“Ramai rupanya yang diuji tahun ni the worst year in my life…” – Isteri Dai Syed, Hana Ismail mengucapkan kata-kata akhir
Next article“Macam dalam filem…” – Punca kejadian yang menyebabkan letupan sehingga tukang masak cederah parah terdedah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here