Home Info Lelaki Temui Duit Ribuan Ringgit Dalam Beg Plastik, Sekali Tindakan Beliau Buat...

Lelaki Temui Duit Ribuan Ringgit Dalam Beg Plastik, Sekali Tindakan Beliau Buat Ramai Yang Tak Sangka

283
0

Rezeki datang bergolek, mahupun duit terpijak dapat digambarkan apabila menemui sejumlah wang tanpa disangka-sangka.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah yang dialami oleh salah seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Azman apabila menemui beg plastik yang berisi ribuan ringgit di dalamnya.

“Ya Allah, duit siapa yang jatuh ni. Banyak ni, satu plastik penuh duit RM100 dengan RM50. Walaupun duit kertas, terasa beratnya. Aku yakin, banyak ribu duit dalam plastik ni. Masa aku ambil terus aku letak dalam raga motor”-Kata lelaki ini

Walaupun ketika itu hujan semakin lebat, beliau tetap menunggu di tepi jalan raya sekiranya ada yang mencari beg plastik itu atau bertanyakan mengenai kehilangan duit.

Kemudia melihat sebuah kereta Avanza merah berhenti di sekitarnya menunggu sebelum beberapa orang termasuk pemandu keluar dari kereta seperti mencari sesuatu di jalan tersebut.

Dalam keadaan hujan lebat, lelaki ini ditegur daripada salah seorang daripadanya sebelum bertanyakan apakah yang mereka cari, namun enggan mendedahkan butiran kehilangan itu.

Baca lagi: ‘Jual’ Nama Isteri Untuk Pinjam Duit, Suami Kantoi Jalin Hubungan Dengan Wanita Lain

Baca lagi: Terlepas dari pegangan bapa ketika naik kayak, Bapa sebak laungkan azan cari bayinya yang lemas

Screenshot 2023 07 10 105725

Lihat juga video dibawah:

“Duit ke yang hilang tu? Dia berhenti dan melihat aku, mana kamu tahu? Saya agak je, bila dah semua satu famili keluar daripada kereta, mestilah benda berharga, duit ke, telefon ke, barang kemas yang hilang”

“Ya, duit hilang dalam plastik, tak sempat masukkan dalam beg sebab hujan. Masukkan je dalam plastik tu. Banyaklah juga sebab nak bayar duit baiki kenderaan dan sebuah lagi di bengkel. Lepas itu duit yang hilang tu patutnya untuk belanja bulan ni lah”-kata salah seorang daripadanya

Azman bertanyakan berapa jumlah duit dengan nilau yang kecil bagi memastikan lelaki berkenaan benar-benar kehilangan wang sebelum diberikan jawapan.

“Maknanya, duit yang saya jumpa ni memang betul lah duit pakcik. Sya risau juga kalau orang mengaku duit dia hilang. Tadi, saya baru je nak tanya dalam grup WhatsApp kampung saya kalau ada yang kehilangan duit”

“Nampak pakcik keluar dari kereta, saya tak jadi tanya dalam grup WhatsApp. Betul duit ni pakcik punya, dalam raga kotor saya ni”

Beliau turut menyerahkan beg plastik yang mengandungi wang itu kepada pakcik berkenaan sebelum beredar. Menurut Azman, lelaki berkenaan termasuk isterinya cuba memujuk beberapa kalu dengan memberikan sejumlah wang sebagai penghargaan di atas penemuan wang tersebut.

Namun selepas didesak berkali-kali, dia akhirnya mengambilnya beberapa keping sebagai tanda tidak menolak pemberian orang.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang

Previous articleTerlalu teruja bakal timang anak buah lelaki, Aksi melompat Syatilla Melvin mengejutkan ramai
Next articleMira Filzah Buat Trend Tiktok Dengan Tracie Sinidol. Ramai Terkejut Mira Filzah Bukak Tudung?
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here