Biasa kita dengar kalau ada duit masuk akaun bank tanpa diketahui asal usul, itu biasanya adalah kesilapan pihak bank ataupun orang yang mempunyai akaun bank juga. Namun situasi lelaki ini berbeza apabila duit yang dimasukkan ke akaun beliau sememangnya ada orang yang mahu berikan.
Lelaki ini juga telah menunjukkan sikap jujur dalam dirinya dengan bertindak memulangkan semula wang tersebut yang diperolehi itu kepada mereka yang sepatutnya. Jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya itu telah dipercayai tidak disegajakan.
Anak kepada lelaki tersebut juga mengatakan:
“Hari ini ayah saya pergi ke bank untuk mengemaskini buku akaun miliknya dan tiba-tiba dia mendapat tahu bahawa wang sebanyak Rm7,125.60 dimasukkan ke dalam akaunnya”
Baca lagi: Lelaki Ini Raih Lebih Rm900 Sehari, Hnya Menjadi Tukang Beratur
Baca lagi: “Jiran Puaka” – Lelaki Simbah ‘Sesuatu’ Pada Dinding Dirakam Kamera
Anak kepada lelaki tersebut yang dikenali sebagai Shena telah mendapat info daripada pekerja bank untuk membuat akaun perbankan online untuk bapanya supaya beliau dapat memeriksa setiap transaksinya dan mengetahui dari mana datangnya wang misteri itu. Setelah itu, mereka berdua mendapati bahawa terdapat syarikat yang tersilap deposit gaji pekerja mereka ke dalam akaun bank bapanya.
Menurut Shena, nama bapanya dan pekerja syarikat tersebut lebih kurang serupa dan nombor akaun bank mereka juga hampir sama. Disebabkan persamaan itu, syarikat berkenaan menghadapi kecelaruan ketika megisi butiran akaun sehingga tersalah memasukkan duit gaji ke akaun yang salah.
Lelaki ini juga telah kembalikan wang tersebut kepada syarikat yang tersilap masukkan ke akaun banknya. Oleh itu, syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana bersikap jujur walaupun kesilapan mereka yang tanpa disedari.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA