Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Perempamaan tersebut sesuai bagi menggambarkan kisah individu bukan Islam dari Raub, Pahang yang diumumkan sebagai pemenang utama loteri berjumlah RM28.9 juta.
Kemenangan yang diumumkan pada 18 Jun itu diperoleh daripada siri khas sempena Hari Bapa. Pemenang ini yang enggan namanya didedahkan berkata, apa yang berlaku adalah kebutan semata-mata.
Pada masa itu dia membawa anak membeli kasut baharu di sebuah kedai bersebelahan kedai loteri.
“Itu hanya kebutulan semata-mata. Saya membawa anak membeli kasut baharu dan kedai loteri terletak bersebelahan”
“Lagipun waktu sudah hampir petang ketika saya bergegas mendapatkan kasut untuk anak perempuan. Tiba-tiba kelihatan penjual loteri melambai kerana sudah mengenali saya”
“Salah seorang daripada mereka menggalakkan saya membeli tike Jackpot Lucky Pick yang dipaparkan di tingkap. Ia adalah tiket pilihan bertuah System Bet-3”
Baca lagi:
Baca lagi:
(Gambar hiasan)
Lihat juga video dibawah:
Tanpa berlengah dia yang sentiasa mempunyai nombor pilihan terus membeli tikel loteri itu bagi mencuba nasib. Tambahan pula, dia sangat gembira kerana tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Bapa.
Pernah memenangi jumlah yang kecil, dia pada awalnya tidak menyedari nombor yang dipegang telah dipilih sebagai pemenang. Bagaimanapun, isterinya bertindak pantas dengan membuat semakan lanjut.
“Kami sudah pun berbincang tentang tiket pilihan bertuah yang saya beli pada hari sebelumnya, dan isteri saya mempunyai firasat bahawa ia boleh menjadi nombor pilihan bertuah”
“Dia memutuskan untuk menyemak silang nombor di laman web rasmi dan ternyata saya adalah pemenang bertuah”
“Nombor pilihan bertuah saya 6736 (Hadiah ke-2)+ 0651 (Hadiah ke-3) adalah nombor jackpot yang menang”
Masih tidak percaya, dia pergi ke cawangan pada hari berikutnya dan meminta penjelasan daripada penjual di kaunter. Dia berterima kasih kepada penjual yang menggalakkannya membeli tiket pilihan bertuah itu sambil mengakui usaha penjual yang menarik perhatian dan membuatkan dia membeli tiket itu.
Bagaimanapun peringatan buat umat Islam, bermain judi dan nombor ekor adalah haram kerana mendatangkan mudarat dan bahaya terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat yang akhirnya boleh memberi kesan yang buruk kepada negara.
Memetik perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pengharaman judi dalam Al-Quran berlaku secara berperingkat kerana memberi kesan dan implikasi yang besar.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang