Home Hiburan Lama menunggu, sekali Bell Ngasri cipta kejutan jadi antara artis yang terima...

Lama menunggu, sekali Bell Ngasri cipta kejutan jadi antara artis yang terima undian tertinggi ABPBH35

169
0

Pelakon versatile, Bell Ngasri mencipta kejutan apabila menjadi Top 10 undian tertinggi untuk percalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH).

Berada di Top 10 Bintang Paling Popular

Memetik laporan dari Berita Harian Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri kini berada sebaris dengan beberapa lagi artis popular seperti Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana untuk bersaing dalam Top 5 Bintang Paling Popular ABPBH35.

Pemegang watak Barkoba iaitu lelaki yang malas puasa dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa telah muncul antara 10 artis meraih undian terkumpul tertinggi setakat ini selepas mendapat banyak undian daripada peminat di media sosial sejak kebelakangan ini.

Rakan2 artis pun sama berkempen

Dia yang julung kali dicalonkan dalam Artis Komedi Popular ABPBH telah berjaya menembusi Top 5 dalam kategori tersebut bersama-sama Jaa Suzuran, Johan dan juga Syahmi Sazli.

Tak hanya itu, ramai rakan artis turut memberikan sokongan kepada Bell, bahkan turut sama berkempen untuk pelakon yang sudah 35 tahun mengabdikan diri dalam industri seni.

Terharu dengan sokongan peminat

Menjengah ke Instagram selebriti terbabit, dia yang begitu terharu dengan sokongan peminat mengucapkan terima kasih yang tidak tehingga kerana masih sudi memberikan undian untuk dirinya.

Difahamkan, ini merupakan pencalonan pertama Bell atau nama lengkapnya Nasrizal Ngasri dalam anugerah berprestij ini sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni.

Lihat klip di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:

@marsidee: zizan tak heran pun orang undi dia ke tak.. so kali ni kita bagi BELL menang!!!

@azreenhatta: Bell..anugerah..piala bkn ukuran ..yg penting ttp bertahan.msih laku

@sham_kudin: Semua undi aku bagi bell..aku nak dia jadi artis paling popular tahun ini…..moga bell menang

@bintangakbaing: Betul..Bell memang lama dah cari makan dengan melawak dan berlakon tapi tak pernah aku nampak dia dapat anugerah mungkin time aku terlepas kot tapi dia tetap bertahan.Orang lain walau masih baru ramai yang dapat.Dahlah jarang ada kontroversi.Semoga rezeki Bell dan keluarga melimpah ruah seperti air di laut yang sentiasa banyakk

@zaza_soffelia: yela zmn bell kite sekolah rendah. kecik2 cili padi dye ngn adik bradik dye dh blakon dgn jaafar on . shani pn ada msa tu

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleNyanyian Lagu Umpan Jinak Di Air Tenang. Nyanyian Dayang Nurfaizah Buat Ramai Jatuh Cinta
Next articleKekasih merajuk nak makan, sekali ayatnya buat Sharnaaz Ahmad mengejutkan ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here