Home Hiburan Lagi Sekali Khabar Angin Nissa Sabyan & Ayus Dah Kahwin Tarik Perhatian

Lagi Sekali Khabar Angin Nissa Sabyan & Ayus Dah Kahwin Tarik Perhatian

146
0

Industri hiburan Indonesia sebelum ini kecoh dengan kontroversi penyanyi Nissa Sabyan yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus, Ayus.

Nissa Sabyan & Ayus dah kahwin?

Screenshot 2022 02 08 at 11.57.02 AM

Ketua Pejabat Agama (Urusan Nikah) Daerah Pondok Gede, Ahmad Fauzi, menafikan dakwaan terbabit dan menyatakan bahawa sehingga kini pihak pejabat agama masih tidak menerima sebarang keterangan mengenai pendaftaran nikah pasangan sensasi tersebut.

Belum ada data atas nama Nissa Sabyan atau Khoirunnisa dan Ayus atau Ahmad Fairus.

Ujarnya lagi, jika Nissa ingin bernikah, dia perlu mendaftarkan pernikahannya itu di Pejabat Agama dan diwajibkan untuk membuat surat permohonan sekiranya ingin bernikah di tempat lain. Tahun lalu pasangan ini juga pernah didakwa menikah secara senyap sebelum berita tersebut dinafikan keluarga.

Bekas isteri sahkan belum ada berita pernikahan lagi

Screenshot 2022 02 08 at 12.00.13 PM

Dalam pada itu, bekas isteri Ayus, Ririe Fairus mengesahkan bahawa dia masih tidak mendengar berita mengenai pernikahan pasangan terbabit selepas dia berc3rai dengan bek4s suaminya itu.

Tapi mana tahu mereka sekarang ni dah bernikah.

Terdahulu, rumah tangga pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus bersama Ririe retak gara-gara Ayus didakwa menjalinkan hubungan sulit bersama Nissa. Ayus juga turut mengakui kesilapannya itu dengan Nissa ketika berusia 19 tahun pada 2018.

Sumber : Liputan6

Previous article[VIDEO] Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini buat ramai terhibur
Next articleNetizen minta buat drama kembar, lelaki iras Aedy Ashraf tak henti2 curi tumpuan ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here