Perdana Menteri Malaysia memperkenalkan Menu Rahmah bagi membantu rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Menu Rahmah tersebut menetapkan harga RM5 bagi hidangan lengkap iaitu Nasi, Ayam dan air.
Lain daripada lain, sebuah kedai makan di Bukit Payung mengambil inisiatif memperkenalkan menu berharga RM1 dikenali Menu Sanusi demi membantu orang ramai.
Pemiliknya,Nur Ezzeanni Abdullah, 43, berkata, dia sebenarnya telah menjual beberapa jenis menu berharga RM1 sejak sebelum pandemik Covid-19 lagi.
Bagaimanapun, kata Nur Ezzeanni berkata, mereka menjenamakan menu RM1 sebagai Menu Sanusi selepas kemenangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini.
Banyak makanan berharga RM1 yang dijualnya, antaranya mi kari, laksa, kuey teow, ayam goreng rempah, ayam masak kicap, ayam masak ros, ayam rendang dan sebagainya.
BACA LAGI : Dihina dan Dilayan Buruk Oleh Bekas Suami, sekali Bekas Menantu Zainal Abidin Dedah Hal Sebenar
BACA LAGI : Setahun Sudah Berlalu. Ucapan Najib Razak Di Sebalik Tirai Besi Buat Ramai Sebak
Dia juga berkata hampir setiap hari menunya akan berubah-berubah dan jika makanan sudah habis dia akan menambah lagi menu lain.
“Jadi, apabila orang teringat Menu Sanusi maka orang teringat bahawa dekat Kedah akan jual makanan murah,” katanya.
Menurutnya, mereka berharap Menu Sanusi itu secara tidak langsung akan memperkenalkan lagi Kedah, sekaligus membantu orang ramai.
Bertanyakan tentang kerugian jual makanan semurah itu, dia berkata yang dia tidak rugi sama sekali.
“Tidak rugi sebaliknya masih beroleh keuntungan,malah sekurang-kurangnya kami dapat membantu penduduk yang kebanyakannya terdiri dari penoreh getah,” katanya.