Penyanyi lagu malar segar, Datuk Zainal Abidin menganggap netizen di luar sana mempunyai kebebasan untuk bersuara sekaligus membuatkan dia tidak memandang negatif segala komen negatif yang pernah diterimanya.
Kata Zainal,64, dia tidak ambil peduli dengan sebarang teguran dan kritikan mengenai isu pemakaian rantai dan gelang meskipun sudah memegang gelaran warga emas.
“Ada yang berkata pak cik ni tua dengan berantai dan gelang tapi masih nak nyanyi lagi, Insya-Allah terima kasih kalau panjang umur saya berubah, inilah netizen dan kebebasan bersuara, semua orang boleh berkata sedemikian…” – Zainal Abidin
Ujarnya lagi, dia berasa kasihan dengan artis baru yang tidak boleh menerima teguran kasar dan memberikan contoh dia sebagai artis yang membiarkan saja mereka berkata-kata buruk mengenai dirinya.
“Kasihan pada artis muda yang mungkin tak boleh terima teguran sedemikian tapi yang berusia macam saya ini walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan, saya biarkan saja mereka berkata-kata…” – Katanya
Perkembangan terkini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Hijau ini bakal membuat persembahan di Konsert Tiba Masa pada 30 September depan bertempat di Istana Budaya.
Lihat Posting di bawah:
View this post on Instagram
Sumber: Instagram
PERHATIAN:Â Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’Â sec=’5′]