Kejadian mengejutkan berlaku malam tadi di Jambatan Peserai, Batu Pahat, apabila seorang wanita yang memegang pisau tajam bersama dua kanak-kanak dikesan cuba terjun dari jambatan itu.
Baca juga : “Niat Nk Bunuh Diri Tapi Air Cetek” – Situasi Di Jambatan Pulau Pinang Tarik Perhatian
Baca juga : Cubaan Bunuh Diri, Netizen Sebak Dengar Jeritan Mangsa
Rakaman video berdurasi 19 saat menunjukkan wanita itu enggan membenarkan mana-mana orang yang lalu lalang mendekati mereka sambil memegang kuat senjata itu.
Tekan sini untuk video.
Susulan usaha menyelamat oleh bomba dan orang awam, wanita itu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, mengesahkan wanita berusia 37 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.
Menurut ketua polis, wanita itu disyaki mengambil tindakan drastik itu kerana tekanan hidup yang berpunca daripada masalah peribadi.
Polis telah membuka siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sumber : Weirdkaya