Home Uncategorized Kurang Sihat Dan Muntah Selama Beberapa Hari, Ingatkan Mengandung Rupanya Fasha Sandha...

Kurang Sihat Dan Muntah Selama Beberapa Hari, Ingatkan Mengandung Rupanya Fasha Sandha Keracunan Makanan Akibat Makan Tepi Jalan

141
0

Netizen berteka-teki sebelum ini apabila pelakon Aidil Aziz memaklumkan bahawa isterinya, aktres, Fasha Sandha kurang sihat dan mengalami muntah selama beberapa hari. Mereka membuat andaian yang Fasha Sandha sudah hamil.

Namun Fasha Sandha tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya sedang berbadan dua. Menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram Story, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata dia mengalami keracunan makanan disebabkan membeli makanan di tepi jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

“Kejap saja sakit, muntah-muntah bukan mengandung tau. Salah makan atau minum beli tepi jalan, selalu beli tepi jalan okay saja. Mungkin hari itu tak bernasib baik/ makanan atau minuman itu kena kuman ke atau air tak masak ke apa. Hati-hati ya semua..”

Fasha juga menjelaskan dirinya semakin pulih dan sempat berterima kasih kepada suami, Aidil kerana menjaganya selama beberapa hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Maaf ya tak sempat balas semua yang mesej. Sayang semua. Saya okay, adik beradik, keluarga, kawan-kawan, peminat dan semua bos yang terbaik. Terima kasih suami jaga saya masa sakit manja.

Previous article“Bangga Dengan Suami Saya Harini, Selamat Tinggal Pada Dompet LV Sebab Dia Tidak Menyokong Lagi…” – Vivy Yusof
Next article“Yes If You Ask Me, I Tak Akan Pilih Duit, I Akan Pilih Cinta..” – Fara Fauzana Sebak Ditanyakan Tentang Jodoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here