Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok danielltwoplus, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana dua orang pelajar membuat satu klip durasi pendek dan cipta satu ‘penghawa dingin’ untuk mengurangkan rasa panas di dalam bilik. Seperti yang dilihat pelajar ini hanya menggunakan kipas, polystyrene foam, botol plastik dan ais. Video klip ini juga telah ditular baru-baru ini dan mendapat sambutan orang ramai.
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan dua orang pelajar ini sememangnya kreatif dan menggunakan bahan-bahan yang senang dicari. Ada juga yang memberi pendapat untuk meletakkan garam di dalam ais tersebut untuk mengelakkan ais itu mudah cair. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 680.9K penonton, 79.9K sukaan dan 543 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis satu kapsyen seperti dibawah:
“Aircond diy for student!!”
Baca lagi: Kumpul Duit Sbnyk Rm12,000 Dlm Masa Setahun, Ini Caranya!
Baca lagi: Lelaki Ini Beri Tips Cara Nak Elak Disoal Oleh ‘Security’, Bt Rmai Yg Terhibur
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@buaya pencen: alhamdulilah sep 1000 mat sat aku pi diy btw tq bro murah rezeki hang
@…: apabila bersama kawan kawan di asrama otak berfungsi
@Anak jerung: Letak gas refrigerant r410A bang lagi sejuk
@daniel kaiii: Mcmni rupanya kehidupan eintsein masa dduk kolej
@Amza: Mantap anak mudaaa. Teringat dulu dulu pun selalu jugak buat mcm ni
@Tukang Pasang Mozek: balut dgn kertas akhbar lepas tu lumur dgn garam..bole la bertahan lagi sejam
@MOHAMAD FAISOL: Ais campur dengan garam sikit.. Ais lambat cair
@NurulAininaRazali: Teringat zaman belajar , benda ni la kawan2 buat utk present
@yanaerose: nak tahu jawapan jeee , sejuk bebetul ke tak ,sebelum saya pegi rumah sblh sebab nak aircond
@blackurant: mesti Dorang tengok tiktok member tu yang buat DIY second
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram