Di dunia ini ada orang senang, ada orang susah, ada orang kaya dan ada juga orang yang miskin. Seorang lelaki bekerja sebagai peguam ditular dan popular selepas membantu kliennya yang dalam kesusahan dan tiada duit.
Peguam ini dikenali sebagai Noel Allen Bose, berasal dari bandar Sorsogon mendedahkan dirinya menerima ketam sebagai bayaran kerana mempertahankan anak guamnya di mahkamah.
Anak guamnya bukanlah dari orang yang berduit dan sebaik sahaja habis perbicaraan, anak guamannya memaklumkan dirinya tiada duit yang mencukupi untuk membayar khidmat nya dan menawarkan beberapa ekor ketam sebagai ganti.
Baca lagi: “Bertenang Netizen…” – Peguam Siti Bainun Bersuara Mengenai Tinggalkan Siti Bainun
Baca lagi: “Knowledge is power and she has it…” – Bekas peguam dedah taktik Sarah heret madunya
Beliau juga menyiarkan gambar ketam itu di media sosial dan mengatakan:
“Makan ketam sangat mengenyangkan perut, tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang'”
Noel Allen Bose kemudian dengan baik hatinya menerima ketam yang ditawarkan kepada beliau dan tidak meminta bayaran tambahan. Hal ini krana Noel sememangnya memahami keadaan kewangan anak guaman nya. Meskipun sudah tahu dari awal, beliau tetap terkejut ketika anak guam nya menghantar beberapa ekor ketam kepadanya.
Beliau turut berterima kasih kepada para peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang berkongsi cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA