Home Kehidupan Klien Tak Cukup Duit Nk Bayar, Seorg Peguam Terima Ketam Sbgai Bayaran

Klien Tak Cukup Duit Nk Bayar, Seorg Peguam Terima Ketam Sbgai Bayaran

95
0

Di dunia ini ada orang senang, ada orang susah, ada orang kaya dan ada juga orang yang miskin. Seorang lelaki bekerja sebagai peguam ditular dan popular selepas membantu kliennya yang dalam kesusahan dan tiada duit.

Peguam ini dikenali sebagai Noel Allen Bose, berasal dari bandar Sorsogon mendedahkan dirinya menerima ketam sebagai bayaran kerana mempertahankan anak guamnya di mahkamah.

Anak guamnya bukanlah dari orang yang berduit dan sebaik sahaja habis perbicaraan, anak guamannya memaklumkan dirinya tiada duit yang mencukupi untuk membayar khidmat nya dan menawarkan beberapa ekor ketam sebagai ganti.

Baca lagi: “Bertenang Netizen…” – Peguam Siti Bainun Bersuara Mengenai Tinggalkan Siti Bainun

Baca lagi: “Knowledge is power and she has it…” – Bekas peguam dedah taktik Sarah heret madunya

sinetronmalaya.com Klien Tak Cukup Duit Nk Bayar Seorg Peguam Terima Ketam Sbgai Bayaran ddd

Beliau juga menyiarkan gambar ketam itu di media sosial dan mengatakan:

“Makan ketam sangat mengenyangkan perut, tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang'”

Noel Allen Bose kemudian dengan baik hatinya menerima ketam yang ditawarkan kepada beliau dan tidak meminta bayaran tambahan. Hal ini krana Noel sememangnya memahami keadaan kewangan anak guaman nya. Meskipun sudah tahu dari awal, beliau tetap terkejut ketika anak guam nya menghantar beberapa ekor ketam kepadanya.

Beliau turut berterima kasih kepada para peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya jarang berkongsi cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka untuk membantu sesama warga Filipina.

sinetronmalaya.com Klien Tak Cukup Duit Nk Bayar Seorg Peguam Terima Ketam Sbgai Bayaran kkk

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Kena Jackpot Bah Tu” – Beli Kari Ayam Dalam Tin Yang Keluar Kepala Ayam
Next articleTermuntah Tanpa Sengaja Dalam Surau, Tindakan Budak Ini Tulis Surat Permohonan Maaf Raih Perhatian Warganet
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here