2 Julai 2023 – Semalam, berita mengenai sepuluh sekeluarga dikhuatiri lemas selepas penemuan mayat seorang wanita,Azizah Eiyi, 40 dan anak lelaki, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11, menggemparkan penduduk di Kampung Laut, Pasir Gajah dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman.
Menerusi satu ‘posting’ di Facebook berita menyayat hati itu pastinya mendatangkan kesan mendalam buat keluarga mangsa terlibat seperti mana dikongsikan oleh adik Azizah iaitu Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya.
Syawalluddin berkata, berita mengenai kejadian menimpa keluarga kakaknya sangat mengejutkan dan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Dia bagaimanapun masih berharap agar ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejadian terbabit ditemui selamat.
Memetik laporan Sinar Harian, Syawalluddin berkata tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi tersebut.
“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,”katanya.
Syawalluddin juga berharap agar dapat disatukan di ‘alam sana’ sebaik sahaja dilahirkan semula kerana dia sangat menyayangi mereka.
Lihat posting Facebook Syawalluddin:
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Facebook