Bekas isteri ND Lala atau namanya Fauziah Sarman telah membuat perkongsian demi perkongsian mengenai Isteri Kedua atau Isteri Baru ND Lala di media sosialnya beberapa hari yang lalu.
Terbaru, Fauziah atau nama panggilannya iaitu Mamazie telah memuat naik beberapa gambar dipercayai bekas madunya, wanita yang telah merampas suaminya yang dikenali sebagai Munirah dengan meninggalkan kapsyen mengatakan bahawa gambar-gambar berkenaam yang dikirim oleh netizen.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah komen salah seorang pengguna Tiktok yang bertanyakan sama ada wanita berkenaan adalah Munirah ataupun bukan kerana beberapa individu telah mengenali individu tersebut.
Jika perempuan tersebut ialah Munirah yang dimaksudkan sebagai isteri baru kepada penyanyi ND Lala, pengguna Tiktok itu telah mendakwa wanita berkenaan adalah individu sama yang mengikis harta Pak saudaranya sehingga mereka bercerai berai.
“Weh Munirah en?? Orang yang same kikis duit pakcik aqu… sampai berpisah diaorang die buat…” – Individu
Walau bagaimanapun, kesahihan tuduhan tersebut tidak dapat dipastikan kerana ianya dibuat oleh satu akaun tanpa sebarang identiti. Ianya boleh jadi sekadar satu tuduhan palsu yang dibuat sekadar untuk “memanaskan” lagi suasana yang sedang berlegar sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Lihat posting di bawah:
Sumber: Tiktok
PERHATIAN:Â Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’Â sec=’5′]