Home Hiburan “Kesian Industri Kami..” – Erma Fatima Kesal Dengan Tajuk Berita Tempatan

“Kesian Industri Kami..” – Erma Fatima Kesal Dengan Tajuk Berita Tempatan

98
0

Baru-baru ini heboh di laman sosial apabila seorang pelaku jenayah lucah, atau lebih dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ telah diberkas polis. Kes tersebut mendapat pelbagai reaksi dari kalangan warganet.

Pelakon dan penerbit, Erma Fatima meluahkan rasa kesal terhadap pihak editor media tempatan kerana menggunakan tajuk berita yang kurang sesuai.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuat naik potongan akhbar yang bertajuk ‘6 ‘pelakon’ wanita bersama ‘Hot Daddy’ dituduh hari ini’.

Pengarah berusia 54 tahun itu berasa kurang senang dengan penggunaan perkataan ‘pelakon’ pada tajuk akhbar berita tersebut.

Menurut Erma, perkataan ‘pelakon’ tidak seharusnya digunakan pada tajuk berita berkenaan kerana seolah-olah memberi gambaran negatif terhadap anak seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Menerusi temu bual Melodi, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali menjelaskan bahawa tajuk tersebut tidak sesuai untuk digunakan kerana pembaca mungkin akan tersalah erti istilah ‘pelakon’.

“Yang menyebabkan saya teruja untuk membuat kenyataan adalah apabila tajuk tersebut ditulis ‘pelakon’, mungkin yang dimaksudkan mereka adalah aksi-aksi individu yang berada di dalam video tersebut..”

“Saya rasa tak boleh lah panggil mereka ‘pelakon’, orang boleh salah tafsir. Kalau saya pun salah tafsir apatah lagi masyarakat di Malaysia, itu yang tak best..”

Bagaimanapun, Erma tetap memohon maaf jika kelantangan suaranya tempoh hari telah menyakiti mana-mana pihak.

“Saya minta maaf seandainya kata-kata itu mengguris hati mereka yang terlibat. Tetapi saya tetap dengan kenyataan saya yang menyatakan tidak sepatutnya title tersebut diberikan kepada mereka..”

Dalam masa yang sama, warganet dilihat mengungkit kembali kontroversi adegan tidak sesonoh drama terbitan Erma yang berjudul Perempuan Itu.

Tidak cepat melatah, Erma berkata dia menerima dengan hati yang terbuka segala teguran dan kecaman.

“Takkan tak boleh nak tegur kalau benda salah. Janganlah kerana saya tegur benda salah, nak cari balik salah saya..”

Bukanlah aksi tersebut tak salah, tapi takkanlah benda yang tak betul kita nak reda je? Apatah lagi ianya melibatkan industri saya.

Bila drama tersebut ditegur, kami tak melenting pun. Apa yang ditegur itu kami anggap betul dan memang selayaknya ditegur. Malahan saya juga tidak bersetuju dengan aksi itu.

Sementara itu, meskipun tidak menyebut nama, pengarah berusia 54 tahun ini menegaskan bahawa dia tidak pernah bermusuhan dengan teraju utama drama tersebut iaitu Zul Ariffin.

Dia juga tidak menyimpan dendam malah terbuka seandainya berpeluang untuk bekerjasama bersama aktor tersebut sekali lagi.

Sekadar info, Zul sebelum ini didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial.

Previous article“Dosa Untuk Kamu, Pahala Untuk Saya…” – Ryzal Ibrahim Kesal Dengan Warganet
Next article“Lelaki Perempuan Sanjung, Korang Dah Hilang Iman Ke…” – Ustaz Adnin Kecewa Terhadap Orang Melayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here