Menerusi halaman twitter, Aeril Zafrel ada membuat ciapan di mana dia ingin membuat pembelian hartanah dia kawasan Sepang-Cyberjaya-Putrajaya. Dia juga bertanyakan jika ada ejen hartanah yang ingin membantu.
Kemudian akaun @AsiahHisam iaitu Firma guaman Tetuan Asiah & Hisam ada membalas ciapan Aeril Zafrel. Dia bertanyakan soalan kepada Aeril Zafrel berkenaan kilang miliknya. Menurutnya, kes tersebut sudah selesai namun pembayaran guaman masih belum selesai oleh pihak Aeril Zafrel
Aeril Zafrel kemudian membalas ciapan tersebut dan berkata yang dia sudah DM pihak guaman tersebut. Menurutnya lagi, pihak kontraktor tidak memberikan apa-apa resit kepadanya. Mungkin mereka lupa untuk berikan resit tersebut. Aeril Zafrel juga meminta pihak Firma Guaman itu untuk menghubunginya bagi menyelesaikan pembayaran.
Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik antara dua pihak. Mungkin ada kesilapan yang berlaku menyebabkan pihak Aeril Zafrel terlepas pandang. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..