Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok syahidamazuki, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana 3 orang melayu dan 2 orang berbangsa India mengalami kemalangan sesama sendiri. Namun reaksi mereka berbual bertukar menjadi lucu. Seorang wanita Melayu mengatakan beliau baru sahaja sertai konsert Siti Nurhaliza, dan beliau menawarkan jika mahu lihat gambar yang ditangkap bersama selebriti tersebut.
Netizen turut memberi komen yang positif diruangan komen, mengatakan cara mereka berbual membuatkan orang ramai senang hati melihat perbualannya yang berbilang kaum. Ada juga yang mengatakan reaksi mereka sememangnya membuatkan orang ramai terhibur. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 418.9K penonton, 27K sukaan dan 362 komen.
Baca lagi: “Untung Dapat Berduet Dengan Tokti..” – Siti Nurhaliza Jadi Penyanyi Jemputan Di Pertandingan Menyanyi Indonesia
Baca lagi: “Kesian Dia, Nak Mengundi Pun Tak Tenang..” – Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dikerumun Peminat Ketika Mengundi
Lihat klip durasi pendek reaksi mereka:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@aizoelhafizie: weyyyy ibu alesya ke ni… yg lupa nama anak tu…. hamboiii kakkk rancak borak naaaa
@3misschuchu1: Sudah la lupa nama anak…boleh pulak dia menyembang lepas kene langgar.. Akak okay tak ni hahaha
@Tom Fieka: sebenarnya,, dia dah tak kisah kena langgar dah tu.. janji tokti dah peluk dia.
@pokjoe: hahahahha dia siap offer “nak tengok gambar takkk”
@Neena Mazlan : eh boleh santai borak lepas accident hahaha
@Leyna_flybeauty: Omg kenapa i senyum2 tgk video ni . Baik betoi semua nye .
@Amier Jeh: Dia start dngn “I admit my mistake” sejuk weh hati dengar
@Nicky Zainuddin: If only semua accident dlm negara kita blh settle mcm ni aman malaysia…well done all of u…
@ZakiAriffin: Hahaha…kdg tu pikir ada betulnye jugak. Gaduh or jerit2 pun xguna jugak, sebab benda dah jd jugak. Keta pun dah calar. Settle je la cara baik kan
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram