Home Isu Semasa Menyesal tengok mayat rentung di Jeli, Tukang towing sekeluarga kena badi!

Menyesal tengok mayat rentung di Jeli, Tukang towing sekeluarga kena badi!

236
0

Malang tidak berbau. Sepanjang 8 tahun Encik Marzuki bergelar pemandu trak tunda, beliau telah menguruskan beribu kes kemalangan di sekitar negeri Kelantan. Namun, pada tahun 2019, sebuah peristiwa telah berlaku dan menyebabkan hidupnya dan keluarga kucar-kacir sehingga perlu mendapatkan rawatan daripada seorang ustaz.

Beliau berkata, beliau telah menerima sebuah panggilan untuk menunda sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jeli, Kelantan.

photo 2023 01 19 11 09 48
(Gambar Hiasan)

“Saya memang sudah lama bekerja sebagai tukang ‘towing’ sehingga apabila orang menyebut Zuki Towing mesti orang kenal. Tapi ada satu kejadian kira-kira tiga tahun lepas, saya dipanggil untuk towing sebuah kereta yang terbakar dalam kemalangan jalan raya. Saya dimaklumkan bahawa pasangan suami isteri itu mati rentung. Saya juga sempat melihat mereka keluarkan mayat sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

“Seram juga tengok macam tu, keadaan waktu tu pun agak lewat malam. Dalam hati yang agak risau terfikir kalau ada cebisan daging mayat dalam kereta,” katanya lagi.

Setelah selesai dan pulang ke rumah, beliau bersihkan diri di luar rumah terlebih dahulu sebelum tidur tetapi malam tersebut hujan dan sejuk lalu beliau terus mandi di dalam rumah sahaja.

photo 2023 01 19 11 09 50
(Gambar Hiasan)

“Biasanya kalau penat, letak kepala sahaja sudah tidur. Tiba-tiba saya terdengar suara dari kejauhan yang meminta pertolongan, dengar orang menjerit. Saya dah tak sedap hati tapi masih buat tak tahu. Dalam mamai-mamai saya nampak kelibat hitam berdiri di hujung katil,” dan bermula hari itu Zuki dan isterinya kerap diganggu dengan bayang-bayang hitam dalam rumah mereka bermula waktu maghrib sehingga awal pagi.

“Apabila berjumpa dengan ustaz, katanya memang betul badi mayat. Selama ini saya kurang percaya, namun sekarang saya mengambil iktibar daripada perkara tersebut,” Kata Zuki.

Jangan lupa komen yang baik-baik.

Sumber: Instagram

Previous articleKereta Accident, Skali Rancak Brborak Pasal Konsert Siti Nurhaliza
Next articlePengakuan Dua Lipa Ini Buat Ramai Terkejut, Tak Sangka Dua Lipa Suka Pusing-Pusing Kuala Lumpur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here