Rokok adalah faktor risiko nombor satu penyebab mendatangkan penyakit kanser paru-paru dengan produk tembakau menyebabkan sehingga 90 peratus kematian akibat kanser paru-paru di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.
Cara paling selamat melindungi diri anda daripada kanser paru-paru adalah dengan mengelak daripada menghisap rokok, namun pada masa yang sama adalah benar juga bahawa tidak semua perokok seumur hidup ditakdirkan untuk menghidap kanser. Walaupun risiko ini, hanya 10 hingga 20 peratus perokok seumur hidup akan benar-benar menghidap kanser paru-paru.
Keupayaan sesetengah perokok untuk mengelak daripada mendapat kanser paru-paru mungkin bukan sekadar nasib semata-mata, menurut penyelidikan terkini.
Baca lagi: Rupanya industri vape buat vape untuk menarik minat kanak-kanak dan remaja, bukan perokok
Lihat juga video dibawah:
Rokok Dan Mutasi DNA
Dilaporkan oleh Nature Genetics dalam jurnal mengatakan, saintis di Kolej Perubatan Albert Einstein di New York berpendapat bahawa sesetengah perokok mungkin mempunyai mekanisme atau daya tahan yang teguh membantu mengehadkan mutasi dalam paru-paru yang melindungi mereka daripada penyakit kanser.
Saintis juga mengandaikan bahawa merokok membawa kepada kanser paru-paru dengan mencetuskan mutasi DNA dalam sel paru-paru normal. Seperti yang dijangkakan oleh pasukan penyelidikan ini, mereka mendapati lebih banyak mutasi dalam sel paru-paru perokok berbanding tidak merokok.
Bilangan mutasi sel berkait rapat dengan jumlah orang yang merokok, tetapi hanya sehingga satu tahap. Sebaik sahaja orang itu merokok 23 kotak tahun persamaan dengan satu kotak rokok yang dihisap setiap hari selama satu tahun serta peningkatan mutasi sel berhenti.
Mekanisma Membaiki Sel
Kumpulan penyelidikan percaya badan manusia mempunyai beberapa jenis sistem untuk membaiki kerosakan DNA atau ‘menyahtoksik’ asap untuk menjadikannya kurang terdedah kepada mutasi. Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk mengesahkan penjelasan ini.
“Perokok paling tegar tidak mempunyai beban mutasi yang paling tinggi”-kata Dr Simon Spivack
Pasukan penyelidik ini mencapai penemuan mereka melalui teknik yang dipanggil ‘single-cell multiple displacement amplification’ yang boleh memberikan gambaran yang lebih tepat tentang mutasi sebenar orang tanpa memperkenalkan alat penjujukan.
Teknik yang dilakukan hanya dibangunkan pada tahun 2017, pada sel paru-paru epitelium yang dikumpulkan daripada 14 orang yang tidak pernah merokok, berumur 11 hingga 86 tahun dan 19 perokok berumur 44 hingga 81 serta merokok dalam jumlah yang berbeza-beza.
Penemuan Penting Untuk Sains
Sekiranya penemuan mereka benar, ini boleh menawarkan strategi baharu untuk pengesahan awal risiko kanser paru-paru. Untuk susulan kajian ini, pasukan berharap untuk mengetahui sama ada mungkin untuk menentukan kapasiti seseorang untuk pembaikan atau detoksifikasi DNA, sekaligus mendedahkan risiko mereka mendapat kanser paru-paru daripada merokok.
Ini mungkin terbukti sebagai langkah penting ke arah pencegahan dan pengesanan awal risiko kanser paru-paru dan berbanding usaha semasa yang diperlukan untuk memerangi penyakit akhir, di mana sebagaian besar perbelanjaan kesihatan dan kesengsaraan berlaku.
Gen bukan satu-satunya faktor yang mempengaruhi risiko kanser seseorang. Faktor persekitaran seperti diet juga boleh mempengaruhi nutrien dalam badan yang memberi kesan kepada perkembangan tumor.
Apa yang menjadikan badan seseorang individu lebih baik dalam membaiki DNA masih diperdebatkan dan mungkin rumit, tetapi penemuan baharu mencadangkan proses ini berkait rapat dengan perkembangan kanser-paru-paru.
Bagi perokok, jangan gembira dengan penemuan ini. Ingat, orang sekeliling anda termasuk ahli keluarga anda tetap berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru disebabkan asap rokok anda. Mereka inilah yang selalu digelar sebagai perokok pasif.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda!
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Iluminasi