Home Hiburan “Kenapa Nak Pentingkan Diri Sangat. Dia Marahkan Saya Tapi Nak Zalimi Anak-Anak..”...

“Kenapa Nak Pentingkan Diri Sangat. Dia Marahkan Saya Tapi Nak Zalimi Anak-Anak..” – Shuhada

183
0

Nurul Shuhada, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendakwa bekas suaminya ada membuat laporan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menuduh dirinya mengabai serta mendera dua anaknya, Humaria dan Umar.

axia

Whatsapp Kami di : http://www.wasap.my/601126840827/AXIA2020muka500

Memetik laporan Ohbulan, Shuhada berkata tindakan yang dibuat bekas suaminya itu telah menyebabkan kedua anaknya menjadi trauma selepas kediaman mereka didatangi beberapa pihak yang dipercayai merupakan petugas dari Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.

“Janganlah susahkan benda yang senang dan jangan pentingkan diri sendiri. Baru-baru ini sampaikan pihak JKM datang bawa Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.Mereka katakan adanya laporan dari pihak Hafidz mengatakan saya ni abaikan anak-anak padahal saya ni yang mengadungkan, melahirkan dan yang menjaga anak-anak..”

“Kenapa nak pentingkan diri sangat sebabkan dia marahkan saya tapi nak zalimi anak-anak. Sampaikan anak-anak jadi trauma bila ramai orang datang rumah periksa segalanya..”

Perkara tersebut dikongsi Shuhada ketika ditemui pada prosiding sebutan hadanah hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.

Tambahan lagi, Shuhada turut mempertikai tindakan bekas suaminya itu yang menuduhnya bertindak sedemikian sehingga membuat laporan kepada pihak JKM.

“Apa niat dia nak pihak JKM datang rumah? Sanggup ke nak tengok anak-anak duduk dengan pihak mereka? Saya sendiri tertanya-tanya kenapa sampai buat laporan macam tu? Sebabnya kalau dia nak datang jumpa anak-anak saya memang akan bagi. Sampaikan mak saya pun pelik siap nak ambil gambar dan sebagainya, tak selesa macam mana lagi rumah kami ni?..”

Sementara itu, Shuhada berharap agar Hafidz tidak mengamalkan sikap pentingkan diri dalam hal yang melibatkan hak penjagaan anak kerana dia mahu memulakan hidup yang lebih baik dalam membesarkan anak-anak.

Apa-apa pun, min doakan kes ini dapat segera diselesaikan. Carilah jalan penyelesaian yang terbaik kerana anak yang terkena tempiasnya. Min dan peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Shuhada dan anak-anak.

Previous article“Saya akui menjaga dua anak mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam…” – Neelofa Akui Mencabar Besarkan Bilal dan Abbas
Next article“Shuib Memang Bawak Ke Mana-Mana, Dia Pegang Dan Cium..” – Wanita Dedah Shuib Marahi Bibik Kerana Alih Baju Arwah Siti Sarah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here