Home Hiburan “Kena Hambat Dengan Kerusi..” – Bonda Rozita Berang Dengan Aliff Syukri

“Kena Hambat Dengan Kerusi..” – Bonda Rozita Berang Dengan Aliff Syukri

267
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian peminat yang merakam perbualan Alif Syukri dan ibunya Bonda Rozita Ibrahim. Dalam klip video tersebut, ada netizen yang bertanya kepada Aliff Syukri jika dia ingin berkahwin lagi satu.

Bonda Rozita sebagai ibu berkata yang dia tidak dapat menghalang sekiranya ia berlaku tetapi dia sama sekali tidak akan bertemu dengan menantu baharu nya itu. Dalam perbualan tersebut, Aliff Syukri ada menyelit dan berkata poligami adalah halal dalam islam. Malangnya ia tidak dapat persetujuan daripada ibunya sebelum dibaling dengan selipar.

Kau diam! Aku renyam kau. Kau jangan, kau nampak kasut aku ni. Langkah mayat aku dulu. Kalau berani, kau jangan ya!
“Ida (Datin Shahida) tengah mengandung. Kau buat aku bunuh kau!”  Ujar Bonda sambil membaling selipar ke arah anaknya.

Bonda Rozita berkata, setakat ini Aliff Syukri dan menantunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid hanya sekadar bergaduh sahaja dan tidak pernah lagi ke arah tersebut.

“Syukri dia takkan, setakat inilah. Sepanjang dia ada isu dengan isteri, senang sahaja saya larikan cucu aku (anak-anak Aliff Syukri).

Tambahan lagi, Bonda Rozita ada mengingatkan anak lelakinya supaya ingat akan isterinya yang bersusah payah bertarung nyawa bagi melahirkan ramai zuriat mereka yang cantik dan tampan.

“Anak-anak kau lawa, Syukri. Ida tu beranak separuh mati. Anak-anak Ida berderet gara-gara kau, Syukri. Aku cucuk mata kau!,” ujar Bonda Rozita lagi sambil agah chopstick.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Cempedak Goyeng:Kalau sol ank bonda. Aku rasa sol n ira dh kne ganyang

@Dhiek Sz AiNn:aku akan jadi MIL mcm Bonda Rozita sbb aku mmg anti poligami

@Nabiha Zaidi:Behave rupanya alif syukri ni depan maknye.

@Farra Aina Azmi:ni pon salah satu mak mertua yg sayang sgt dgn menantu. bonda ni sy kagum sgt bonda dan mak mertua puteri sarah semoga sy dpt mak mertua pon mcm ni boleh terima sy sbgai anak dia

@LinaAzlina:bonda yg kaya raya pom x nk di madukan

@Q:profesional betul dato’, tapi tu la kesian bonda emotional

@Miss.Lyda®:mak mertua aku siap pesan dah,kalau anak die buat hal bg tau je..”mak santau die dari jauh” ayat die

@meowtersakiti😿:mak mertua macamni la yang saya perlukan 😂

@ʚB乇LLAɞ:”mak jgn sebut nama org mak”… alif perit kena kecam

@gadiskacamata:bkn takat bini2 naik angin mak2 pon naik angin gara2 sol..

Bagus dapat ibu macamtu, memang Aliff Syukri takkan berani lah nak buat macam-macAM.. Apa-apa pun, min doakan semoga Aliff Syukri dan keluarga terus kekal  bahagia hingga ke jannah. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Titkok dan Instagram

Previous article“Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih..” – Fazura Beri Komen Mengenai Isu Syamsul Yusof?
Next articleKBS, KPM dan MAVA batal lesen jurulatih bola tampar tampar pelajar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here