Home Viral Kecoh Kuala Lumpur, Lelaki Acu Pisau Terhadap Wanita Dikejar Polis

Kecoh Kuala Lumpur, Lelaki Acu Pisau Terhadap Wanita Dikejar Polis

150
0

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang dipercayai mengasari seorang wanita serta mengacukan pisau lipat terhadap mangsa di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling semalam telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada membuat laporan polis pada hari kira-kira jam 6 petang.

WhatsApp Image 2023 08 15 at 23.04.35 1

Tambah beliau, bertindak atas aduan mangsa dan maklumat suspek berjaya dijejaki dan diberkas oleh beberapa anggota dari Balai Polis Sri Petaling.

“Pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan dan sebilah pisau lipat berwarna merah yang disyaki digunakan suspek semasa kejadian itu berjaya dirampas untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek mememiliki tiga rekod dadah dan enam rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Amihizam, siasatan juga mendapati mangsa yang tidak mengenali suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro

[redirect url=’https://youtu.be/LBFZ8sPuuM8′ sec=’3′]

Previous articleKerja Offshore Tapi Ayah Cerai Ibu Sebab Nak Kahwin Dengan Janda, Ayah Jatuh Bankrap Guna Nama Anak Buat Loan Sampai Kena Blacklist
Next articleMamat Exist Bawa Lagu ‘Untukmu Ibu’, Sekali Lain Pula Netizen Perasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here