Home Isu Semasa Kecewa Tidak Mengetahui Kesalahannya, sekali Bekas Madu Miera Liyana Luah Hal Sebenar

Kecewa Tidak Mengetahui Kesalahannya, sekali Bekas Madu Miera Liyana Luah Hal Sebenar

525
0

Bekas madu aktres Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib reda perkahwinan selama 28 tahun bersama bekas suami Rosland Othman telah menemui jalan penamat.

Bagaimanapun dia masih tertanya-tanya akan sebab mengapa dia diceraikan.

Mula kehidupan baru

OIP

Memetik laporan Harian Metro, Adibah berkata dia tidak mengetahui apakah kesalahannya sehingga dia diceraikan oleh bekas suami.

Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.

Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian.

Walau bagaimanapun, ibu kepada lima orang anak ini tetap bersemangat untuk memulakan kehidupan yang baharu.

Dalam pada itu, dia tetap menzahirkan kesyukuran kerana anak-anak, keluarga dan kenalan rapat sentiasa bersama menyokongnya.

Terdahulu, Adibah dan Rosland disahkan bercerai dengan talak satu pada Khamis di hadapan hakim Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum itu, permohonan cerai telah difailkan Rosland pada 7 April lalu.

Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai tersebut kerana masih mahu mempertahankan rumah tangganya. Mahkamah kemudian mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Untuk rekod, Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua bersama Miera dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous article“Takde Lah Anak Tanya Kenapa Tak Jemput Pergi Majlis..” – Shila Amzah Kongsi Sesuatu Buat Ramai Terkejut
Next articleUstaz Kazim Elias Petik Nama The 1975 Matty Healy Dalam Ceramah, Sekali Responnya Buat Ramai Yang Setuju

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here