Home Uncategorized Kanak-kanak termakan makanan ringan dicampur racun tikus meninggal dunia

Kanak-kanak termakan makanan ringan dicampur racun tikus meninggal dunia

86
0

Seorang daripada dua beradik yang termakan makanan ringan dicampur racun tikus yang dijadikan perangkap monyet di sini meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritenden Mohd Azizul Khairi berkata, Muhammad Akil Syauqi, 3, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Dimaklumkan bahawa satu daripada mangsa yang berumur 3 tahun baru meninggal dunia pada jam 8.30 pagi di HPP.

“Pegawai Penyiasat berada dalam perjalanan ke HPP. Maklumat lanjut boleh dapatkan di HPP,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Mangsa maut dan adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, dilaporkan kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Ahad lepas.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.

Previous article“Disebabkan Tiktok, Saya Hilang Adik…” – Keluarga Tuntut Keadilan Buat Mendiang Pempengaruh Esha
Next articleAkil Syauqi Hembus Nafas Terakhir Selepas Ibu Bisik Redha Dia Pergi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here