Home Isu Semasa Akil Syauqi Hembus Nafas Terakhir Selepas Ibu Bisik Redha Dia Pergi

Akil Syauqi Hembus Nafas Terakhir Selepas Ibu Bisik Redha Dia Pergi

183
0

“Ibu reda kalau abang nak pergi…”

Begitu kata Nurain Hasnorizal, 25, ibu kepada Muhammad Akil Syauqi, 3, sebelum anak sulungnya itu meninggal dunia selepas termakan makanan ringan yang dipercayai mengandungi racun.

Nurain berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya adalah semasa lawatan pada pukul 7 pagi tadi.

Katanya, dia berpeluang mengusap pipi dan tangan anaknya serta berbual dengan kanak-kanak malang tersebut.

“Saya bercerita mengenai waktu kecilnya dan pegang tangan serta bisikkan di telinga bahawa saya reda jika dia mahu ‘pergi’ dulu…”

“Saya lihat keadaannya makin tidak memuaskan sebelum membaca surah Yasin dan tidak lama kemudian dia menghembus nafas kira-kira jam 8.30 pagi tadi…”

Nurain berkata, urusan bedah siasat hampir selesai dan jenazah akan dibawa ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim untuk disemadikan.

“Saya reda yang berlaku, Allah SWT pinjamkan dia sedikit masa untuk kami dan jadi kenangan…”

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kedua-dua anak saya…”

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleKanak-kanak termakan makanan ringan dicampur racun tikus meninggal dunia
Next article“Makin Lama Makin Cantik Berseri-Seri..” – Peminat Puji Ira Kazar Seiras Deepika Padukone

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here