Home Isu Semasa “Kalau Melayu Menjual Semua Hukum Hakam Keluar..” – Kieda Hentam Ustaz Azhar...

“Kalau Melayu Menjual Semua Hukum Hakam Keluar..” – Kieda Hentam Ustaz Azhar Idrus?

554
0

Bagi penggemar makanan desert, pasti korang kenal pengusaha Kieda Crepe iaitu Siti Nur Khalieda Yusra. Pengusaha muda yang baru berusia 25 tahun itu acap kali menjadi perhatian netizen dek kerana sering kali berkongsi tentang kehidupan seharian serta menjual produknya.

Baru-baru ini heboh di laman sosial apabila Ustaz Azhar Idrus(UAI) mengulas tentang hukum sistem cara beli yang meletakkan syarat kepada pembeli untuk membeli barangan vendor terlebih dahulu sebelum membeli makanan miliknya.

Ustaz Azhar Idrus berkata, sistem tersebut adalah tidak sah sekiranya ia membuatkan pelanggan terpaksa membeli barangan vendor lain sebelum

“Barang yang kita beli tu dianggap sah dan barang yang kita dipaksa beli itu tidak sah kerana jual beli perlu ada keredaan dalam hati penjual dan pembeli.

“Bermakna bila jual beli itu tidak sah, kita pegang barang orang secara batil, penjual pegang duit orang secara tidak baik. Allah tak suka cara macam ni.

“Dalam Mazhab Syafie, ada ijab kabulnya asalnya tidak wajib, isytihar menunjukkan halal itu yang tersembunyi dalam hati diterjemahkan dalam lisan, ‘Saya berjual lah, saya belilah’ menunjukkan reda, jangan paksa orang beli,”jawabnya.

Susulan itu, Kieda tampil memberi kenyataan. Dia berkata yang dia tidak pernah memaksa pelanggan datang dan membeli pencuci mulut miliknya. Menurutnya, semua pelanggan sudah sedia maklum terlebih dahulu sebelum memasuki premisnya.

Tular di laman sosial apabila Khalieda memuatnaik di laman instagram seolah-olah memerli Ustaz Azhar Idrus.

“Kalau melayu menjual semua hukum hakam keluar. Kalau support bangsa lain takde masalah, hukum pun boleh lupa janji boleh support and boleh post benda mahal boleh beli..”

kieda

Previous articleDikecam “Bergelek” Sakan di Konsert HAUSBOOM, sekali Respon Baby Shima Mengejutkan Ramai
Next articleJadi Penyondol Selepas Berstatus Janda, sekali Pelakon Wanita Kantoi Bersama Suami Orang Sampai Bercerai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here