Home Hiburan “Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Hubungan Kami Selama Ini, Saya Terima Saja..”...

“Kalau Dia Tak Pernah Mengiyakan Hubungan Kami Selama Ini, Saya Terima Saja..” – Amelia

202
0

Baru-baru ini tular di laman sosial apabila Sharnaaz Ahmad memberikan kenyataan yang dia tidak pernah mengiyakan hubungan percintaannya dengan Amelia Christie. Kenyataan Sharnaaz itu mendapat kecam ramai kerana selama ini mereka kelihatan sungguh rapat bahkan sudah melancong ke Jepun bersama-sama bekas isteri dan anaknya.

“Kalau dia tak pernah mengiyakan apa yang kami ada (hubungan) selama ini, saya terima saja,” ujarnya.

Spekulasi putus cinta itu mula menjadi bualan ramai apabila mereka tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing. Menurut Amelia, dia menegaskan tidak pernah menyekat atau ‘unfollow’ mana-mana akaun media sosial.

“Terus-terang saya tidak mahu membesarkan hal yang kecil. Tapi, saya perlu jelaskan di sini saya tidak pernah ‘unfollow’ dan sekat akaun media sosial mana-mana pihak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ACL 🦋 (@ameliachristie___)

“Walau bagaimanapun, saya terima dengan hati terbuka dan ‘move on’. Saya akui perjalanan hidup saya mash panjang dan perlu tempuh macam-macam lagi dugaan.
“Saya bersyukur sebab Allah hadirkan orang yang baik dalam hidup saya. Sayang dan kasih saya pada Jebat Jayden (anak Sharnaaz) ikhlas dan tulus,” jelasnya.

Tambahnya, penjelasan yang diberikan bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa mahupun bermusuh dengan mana-mana individu.

“Fokus utama saya sekarang adalah memastikan perniagaan saya berjalan lancar. Alhamdulillah, saya gembira dengan kerjaya sebagai usahawan sekarang..”

“Saya juga ingin jelaskan niat saya buat kenyataan ini bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan saya tak nak bermusuh dengan mana-mana pihak.

“Saya cuma nak teruskan hidup dengan hal yang boleh menggembirakan dan membuatkan fikiran saya lebih positif,” ujarnya.

Previous article“Bibik Yang Belakang Tu Takut Perang Besar Terjadi…” – Ramai Terkejut Dengan Soalan Ain Edruce Terhadap Bekas Kekasih Amirul
Next article“Tak Boleh Suka Suka Potong Gaji, Boleh Report Tau…” – Reaksi Spontan Fazura Ingin Potong Gaji Raih Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here