Home Hiburan “Kalau Dah Jodoh Tak Kemana..” – Tok Ayah Dan Tokmek Bernikah Selepas...

“Kalau Dah Jodoh Tak Kemana..” – Tok Ayah Dan Tokmek Bernikah Selepas 63 Tahun Berpisah

226
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu klip video hasil kongsian Cik Wawa yang menceritakan tentang Tok Ayah dan Tok Mek yang berkahwin semula selepas 63 tahun berpisah. Menerusi klip video tersebut, dia menceritakan yang anak kepada atok itu mengambil gambar bersama nenek dan menunjukkan gambar tersebut kepada atok. Kemudian, atok itu terus meminta nombor telefon bekas isterinya untuk berbaik semula. Alhamdulillah, Tokmek bersetuju dan terus melangsungkan pernikahan.

Menurut Cik Wawa, Tok Ayah dan Tok Mek pernah berkahwin dan dapat seorang anak. Namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama atas sebab Tok Ayah yang berhijrah ke Pahang dan meninggalkan Tok Mek di Kelantan. Alhamdulillah, setelah 63 tahun mereka kembali bersama. Betul lah orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana..

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

SarahDiens:Ni laa org kataa jodoh ituu rahsiaa allah …. Awww shomel betul , semoga sihat2 selalu atok nenek

@@qistinadeqna:aku mcm ni ke nanti sebab tkleh move on lah

@𝕗𝕒𝕥𝕚𝕟 𝕒𝕕𝕚𝕝𝕝𝕒💞:Mcm tok yank dduk sblah umh sy.Hehe tapi skrang tnggai si suami ja.Si isteri dh mninggal.Smoga nenek dgn atuk bhgia dan sihat sllu.Aamiin.

@AisyaDaisy:alololo comelnye..slamat pgntin baru nekk

@Sha2 Ngeow:Wahhh, jodoh pastinya bertemu wlupun terpisah lama/jauh mana skalipon

@@Fida_85:comey atok ngan nenek..alhamdulillah ada teman menghabiskan sisa hidup bersama

@Aleesyaeleena:ni another level punye cute… awwww….

@mommy3bunga:auuwww tahniah moga bahagia hingge ke jannah

@watulsyikin0:itulah org kata kalau jodoh tak kemana gaduh Macam mn Pon tetap bersama dgn izin tuhan

Sweet betul tok ayah dan tokmek ni. Alhamdulillah dipertemukan kembali setelah sekian lama berpisah. Kalau dah jodoh, sejauh atau selama mana pun berpisah, pasti akan bertemu kembali.

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Bagusnya Kecik Lagi Dah Basuh Pinggan Sendiri..” – Hairul Azreen Dipuji, Didik Anak Berdikari Dari Kecil
Next article“Aku Yang 30 Tahun Pun Tak Laku Lagi..” – Tular Video Bertunang Pada Usia 16 Tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here