Home Hiburan JDT Tewas Di Final Piala Malaysia, Eyra Hazali Titip Semangat Buat Suami...

JDT Tewas Di Final Piala Malaysia, Eyra Hazali Titip Semangat Buat Suami – “It’s Okay Bukan Rezeki, We Love You Keeper”

270
0

Semalam, pasukan bola sepak, Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kejvtan selepas menump4skan juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) seterusnya merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan yang diraih pasukan KL City itu sekali gus menamatkan penantian penyokong ‘warga kota’ untuk kembali memenangi piala ker4mat itu selepas kali terakhir digenggam pada tahun 1989.

2FC58B27 B070 493C 966C 784D74FE135B

Bagaimanapun, aksi yang dipamerkan oleh skuad JDT sememangnya wajar diberikan pujian meskipun terp4ksa berpuas hati selaku naib johan.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, pelakon, Eyra Hazali menitipkan kata-kata semangat buat seluruh pemain pasukan JDT yang turut dibarisi oleh suaminya, Haziq Nazli yang bertindak selaku penjaga gol simpanan.

eyra.hazali 201509136 321225416135228 5604043759574658227 n

Menurut Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, dia menyifatkan aksi pada malam Selasa itu sebagai bukan rezeki untuk skuad ‘Harimau Selatan’ menambah koleksi piala mereka pada musim ini.

“It’s okay. Bukan rezeki. Semua bermain dengan penuh semangat. Congratulations to JDT too.

“We love you keeper Haziq Nazli,” tulis Eyra yang menonton perlawanan tersebut di televisyen bersama anaknya, Muhammad Hayder Qhalish.

Capture 7

Pada perlawanan tersebut, KL City yang dilabel sebagai ‘underdog’ telah memec4hkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-65 apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan dengan penuh ketenangan oleh Zhafri Yahya.

Kem JDT terus tersentak apabila ketua pasukan, Paulo Josue berjaya menambah jaringan pada minit ke-74 sekali gus menggamatkan suasana di stadium yang dibanjiri hampir 20,000 jumlah penonton.

A7C8215D 883E 497D 810D AD5B841167E1

Sekadar informasi, Eyra dan Haziq telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2019. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung pada 14 Ogos 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH

Previous article[VIDEO] Bibik Minta Gaji Naik RM1200 Tpi…, Sekali Ini Yang Buat Netizen kagum
Next articleLama Menyepi, Muat Naik Gambar Terbaru Putera Mateen Buatkan Netizen Rindu T3ruk
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here