Home Isu Semasa JDT Luah Rasa Kecewa Selangor FC Tidak Hadir Piala Sumbangsih

JDT Luah Rasa Kecewa Selangor FC Tidak Hadir Piala Sumbangsih

71
0

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berasa kecewa dengan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih pada hari Jumaat ini. Ketua Pegawai Eksekutif kelab itu, Alistair Edwards, menyatakan bahawa mereka mengambil perhatian terhadap perkara ini, walaupun telah diberikan jaminan keselamatan oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menegaskan bahawa keselamatan pasukan, pemain, dan penyokong merupakan keutamaan utama mereka, dan pihak polis akan menggandakan kehadiran mereka dengan 1,500 anggota.

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC…”

“Tetapi kami berharap agar Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini…”

“Kerana ia boleh menetapkan ‘precedent’ untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun mendapat jaminan daripada Polis DiRaja Malaysia,” kata Edwards dalam kenyataan yang dikongsi di akauan Facebook Johor Southern Tigers…”

Dalam kenyataan tersebut, beliau juga berkongsi pengalaman pasukan JDT yang pernah menghadapi keadaan yang ‘berbahaya’ di Pahang, Perak, dan Kelantan sebelum ini, tetapi masih bermain.

“Tetapi kami masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis…”

“Selangor tidak pernah diserang di Stadium Sultan Ibrahim. Malahan pasukan dan penyokong mereka dikawal oleh polis ke dalam stadium dan sehingga ke bas dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini…”

Dalam masa yang sama, Edwards menekankan bahawa tiga kejadian yang menimpa Akhyar Rashid, Faisal Halim, dan Safiq Rahim adalah mengkhawatirkan. Oleh itu, beliau menggesa agar kita meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa bukan sahaja untuk menyiasat kes-kes ini, tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-25 berjalan lancar.

Lihat Posting di bawah:
0ca446ab c44f 482c b7b1 558644eed0bc

Sumber: Awani

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleFaisal Halim Sudah Boleh Makan dan Teruja Jalani Aktiviti Bola Sepak
Next article“Ujian Terbesar Seorang Isteri Adalah Suaminya, Jangan Sampai Aku Jadi Ria Ricis. Takda Beza Pun Kes Aku Dengan Dia…” – Founder Leeyanarahman Luah Rasa Kecewa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here