Walaupun mempunyai tubuh yang cenderung kecil, tetapi sering membuat banyak orang merasa takut. Haiwan yang sering tiba-tiba muncul dan merayap tersebut mempunyai bekas gigitan yang sangat menyakitkan.
Kesan sengatan lipan mengandungi racun yang berbahaya yang boleh membunuh haiwan yang bersaiz besar, malah sehingga 15 kali lebih besar daripada badannya. Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang diakui sangat berbisa walaupun racunnya belum boleh dikategorikan tahap membunuh buat manusia.
Secara ringkasnya lipan menggunakan ‘Forcipules’, dua kaki depan yang berbentuk seakan penyepit sebagai senjata utamanya. Ia akan menyuntik bisanya ke badan mangsa menggunakan forcipules sekiranya rasa terancam.
Namun bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas, disengat lipan bukan suatu benda yang boleh dibuat main, justeru segeralah dapatkan rawatan.
Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anak-anak, lipas dan labah-labah.
Untung halang lalat dan labah-labah mungkin mudah. Namun dalam kes anak-anak tak semua orang mampu nak buat pest control memandangkan kosnya pun agak tinggi.
Jadi untuk ambil pendekatan terbaik, cara mengelakkan kehadiran lipan adalah dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.
Ikuti 3 Cara Halau Lipan Daripada Rumah Anda
1. Garam
Taburkan garam yang anda di kawasan dan laluan yang selalu temui lipan. Kebiasaannya pastilah kawasan yang berlembap.
Biarkan saja garam tanpa perlu disapu dan mungkin anda bileh menambahnya dari semasa ke semasa jika perlu. Ulang sehingga anda rasa memang tidak ada lagi lipan di rumah.
2. Kabur Barus
Kabur barus pula langkah-langkahnya sama sahaja seperti garam, anda hanya perlu menaburkan kapur barus di kawasan lembap untuk memastikan lipan itu tidak datang lagi.
3. Daun Pandan
Buat anda daun pandan berbau harum bukan? Namun untuk lipan ia adalah sebaliknya, gunakan kelebihan ini dengan meletakkan daun pandan sebagai pelindung anda.
Hiris daun pandan halus-halus dan letakkan ke dalam mangkuk. Lagi banyak kuantitinya lagi bagus.
Kemudian, mangkuk yang berisi hirisan daun pandan itu, letakkan di setiap sudut rumah supaya lipan akan menjauhi rumah anda.
Harap petua di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah lipan dalam rumah.
Semoga info ini bermanfaat untuk anda, dan selamat mencuba!
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Selayang