Ada apa pula dengan seorang Influencer ini? Pengkarya YouTube yang begitu terkenal dengan berbagai kandungan kontroversial sekali lagi dipersoalkan apabila salah satu video mereka tersebar.
Video tersebut tular di platform X yang menimbulkan pertanyaan tentang tujuan dan kegunaan rakaman kandungan tersebut.
Kami memahami bahawa sebelum ini, Influencer tersebut mencari beberapa peserta yang akan tinggal dalam sebuah banglo besar selama 77 hari yang terdiri dari lelaki dan perempuan, seperti dalam rancangan realiti orang putih. Selama tempoh tersebut, penyingkiran peserta akan berlaku setiap episod berdasarkan undian penonton.
Bagaimanapun, kebanyakan netizen mengkritik idea kandungan tersebut kerana peserta lelaki dan perempuan hanya berasingan ketika tidur, manakala pada waktu lain mereka bergaul bebas di dalam rumah tersebut.
Dari beberapa episod yang telah dimuat naik, terlihat beberapa katil double decker ditempatkan di dalam kediaman tersebut untuk ‘dorm’ lelaki. Tambahan pula, pergaulan bebas antara peserta lelaki dan perempuan di situ juga mendapat kecaman daripada warganet dan menimbulkan kebimbangan sehingga ada yang mempersoalkan keizinan ibu bapa mereka.
Lihat Posting di bawah:
Macam mana perempuan boleh selesa tidur dikelilingi lelaki macam ni? pic.twitter.com/uq98oBCJ8r
— Bbie. (@twtbiy) May 16, 2024
Sumber: X
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.