Home Viral Hubungan Anak Sulung dan Nourul Deep Dingin, sekali Respon Ajai Raih Tumpuan...

Hubungan Anak Sulung dan Nourul Deep Dingin, sekali Respon Ajai Raih Tumpuan Ramai

578
0

Komposer atau Penyanyi Lelaki Malaysia, Ajai, mengatakan bahawa beliau enggan masuk campur dan menganggap perselisihan faham antara bekas isterinya iaitu Nourul Deep dan anak sulungnya iaitu Ayu Nazirah sebagai normal dan tak perlu diperbesarkan. Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, memaklumkan konflik antara Nourul atau Ayu bukanlah perkara baharu kerana ia pernah beberapa kali terjadi sebelum ini.

“Bagi saya, itu adalah hal peribadi antara ibu dengan anak. Merajuk itu sebenarnya sudah biasa sangat. Saya kira itu perkara standard antara ibu dan anak…” – Ajai

“Biasalah, kalau Ayu bergaduh dengan emaknya, dia akan mengadu kepada saya. Kalau Ayu berselisih faham dengan saya, dia mengadu dengan maknya, Biasalah tu…” – Katanya

Dalam masa yang sama, Ajai memaklumkan bahawa beliau lebih selesa mengambil sikap berkecuali dan enggan menyalahkan mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, sebagai bapa, Ajai turut berkata bahawa beliau menasihatkan Ayu supaya beralah dan terus menjaga hubungan baik dengan ibunya.

“Sebagai bapa, saya pujuk Ayu. Bila merajuk atau berselisih faham dengan mak, minta maaf. Kena hormat ibu kerana itu syurga kamu dan darah daging kamu…” – Katanya lagi

Lihat klip video di bawah:

@mediahiburanofficial Komposer terkenal, Ajai enggan mencampuri isu di antara bekas isterinya yang juga penyanyi, Nourul Depp bersama anak sulung hasil perkahwinan mereka sebelum ini iaitu Ayu Nazirah. Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Maas, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah dalam perhubungan diantara ibu dan anak. #MHnews #MediaHiburan #Ajai #nouruldepp #Ayunazirah ♬ original sound – Media Hiburan

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleSedih Tidak Dapat Berhubung Dengan Anak, sekali Bekas Menantu Minta Zainal Abidin Nasihat Anak
Next articleKecoh Dengan Statement Pelakon Rosyam Nor, sekali Respon Reen Rahim Tarik Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here