Home Semasa “Hati2 Dekat FB Ada Modus Operandi Scammers” Hati2 Warga FB Sekalian

“Hati2 Dekat FB Ada Modus Operandi Scammers” Hati2 Warga FB Sekalian

191
0

Scammer bermaksud penipu. Scammer biasanya mendesak anda untuk membayar melalui transfer duit. Scammer ni dalam bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer. Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer. Scam ni boleh dikatakan satu budaya yang tak mungkin akan terpadam sampai bila-bila. Biasalah. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Baru-baru ini di twitter, seorang pengguna laman media sosial tersebut iaitu @Axfyna telah berkongsi maklumat yang dijumpainya berkaitan dengan kegiatan scammer yang banyak terjadi di Facebook. Tujuan perkongsian tersebut adalah untuk mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membuat pembelian di Facebook. Axfyna juga telah berkongsi hasil tangkap layar yang diperoleh di Facebook.

“tolong hati2 dekat facebook ada modus operandi scammers. dorang buat beratus fake account nmpk mcm org malaysia lps tu komen dekat post bagi nmpk mcm real. takut pakcik makcik tertipu sbb 1 post sampai 15K likes pulak tu”

Lihat gambar di bawah :

Lihat juga apa komen warganet :

@HilmiHimself : Makin banyak scammers ni sekarang. Kat LinkedIn pun ada, kat IG pun bersepah. Mostly originate either from China or India

@54R411 : Scam kerja kosong cara camni pun ada. Buat account nama orang Melayu tapi gambar orang Arab pakai tudung kononnya orang local la tu. Friendlist ada 20 orang. Semua cam dia, nama melayu pakai gambar orang arab pakai tudung. Then duk promote job vacancy lam group.

@EiraZuhairah : Cmne diorg buat boleh ribu2 likes ek?beli likes kot. Pastu ada team tukang komen plak tu

@milowepal : mak aku pernah kena scam macam ni tapi dia tak mengadu dekat aku sebab dia yang beli

@nrhytrjb : Madrasah mana dia pergi tu? Wowww! Hahahahahaha scammer sekarang level bodoh dia memang level tak habis sekolah ehh?

Dalam komen di situ terdapat juga netizen yang berkongsi cara untuk mengelak daripada ditipu oleh scammer yang juga berbentuk gurauan.

Cara taknak kena scam di Facebook;

1. Jangan beli sebarang barang yang dipromosikan di Facebook.
2. Jangan beli apa-apapun barang yang dipromosikan di Facebook.
3. Facebook? Jual barang? Tak payahlah. Degil? Ikut suka kau lah.

Baca juga : Pura-Pura Jdi ‘Sengau’, Scammer Stress Nak Layan

Baca juga : “Saya Beli Tk Sampai 48 Jam..”-Pelanggan Bengang Kena ‘Scam’, Kedai Ternama Jual Barangan Terpakai

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter

Previous article“Kalau Nk Berniaga Tu pun Tgklah Tempat”- Netizen Bengang Berniaga Dlm Bus Stop
Next articleSebak Betul Dengar Tokti Nyanyi Lagu Tamil, Sememangnya Penyanyi Nombor Satu Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here