Home Uncategorized Harta Karun Paling Mahal Di Dunia Milik Tamadun Melayu Melaka?

Harta Karun Paling Mahal Di Dunia Milik Tamadun Melayu Melaka?

398
0

Harta Karun. Sebut sahaja harta karun pasti semua akan berpinar mata dan sifat ingin tahu akan membuak-buak. Namun, tahukah anda bahawa harta karun yg paling mahal tetapi hilang di dunia sebenarnya milik Tamadun Melayu? Kekayaan Kesultanan Melayu Melaka pada Abad Ke-15 menjadikannya antara kerajaan paling kaya dan berkuasa di Nusantara.

Kalau anda belajar sejarah, pasti anda tahu kesibukan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pelabuhan entrepot ketika itu menjadikannya sebagai “Venice versi Timur”. Tetapi semua itu berakhir menerusi serangan Portugal yang diketuai Alfonso de Alburquerque ke atas Melaka pada tahun 1511.

Serangan tersebut menyaksikan banyak khazanah berharga Melaka cuba dibawa pulang ke Portugal menerusi kapal Flor de la Mar tetapi hasrat Alburquerque tidak kesampaian apabila kapal tersebut karam pada tahun sama.

Rekod hari ini meramalkan bahawa jumlah harta yang tenggelam bersama Flor De La Mar yang dirampas daripada Melaka berjumlah sekitar 2.6 Billion Dollar dan dianggap harta karun paling mahal dalam kategori harta karun yang hilang?

hiddden1

Jumlah tersebut merangkumi:
1. Perempuan-perempuan penenun kain
2. Anak-anak perempuan bangsawan Melaka
3. Tiang tiang Istana Melayu Melaka yang dihias dan dilepa dengan emas dan perak
4. Tanduk gajah Sultan Melaka yang disepuh emas
5. 600 Tan Emas barang kemas
6. Meja berkaki emas
7. Gelang Sakti Nakhoda Beego
8. 6 bijik Singa tembaga besar hadiah Maharaja Cina
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah
10. Baju-baju berkain baldu dan sutera
11. Mangkuk-mangkuk perak
12. 2 pasu besar
13. Perabot-perabot indah
14. 200 kotak berlian, rubi, permata-permata mahal.

hidden

Ada laporan di mana kebanyakan harta tersebut hilang dalam lautan tetapi ada juga menyatakan mana-mana harta yang dapat diselamatkan dibawa pulang ke Portugal atau dikutip oleh penduduk tempatan.

Bukan sekali penemuan lokasi sebenar kapal didakwa di media massa seperti imej dron lokasi kapal dikatakan berada di Laut Jawa berhampiran Semarang, Indonesia pada tahun 2014.

Bagaimanapun, menurut Ketua Menteri Melaka ketika itu, Datuk Seri Idris Haron, ia harus disahkan 100% sebagai benar sebelum sebarang tuntutan royalti boleh dibuat dengan Jakarta

Mana lah tahu ada rezeki Malaysia kan, suatu hari nanti Malaysia dapat tuntut kembali harta Kesultanan Melayu Melaka. InsyaAllah Malaysia akan maju dan bersaing dengan negara barat..

Sumber Twitter ThePatriotAsia

Previous articleSuami Nervous Azan Kan Bayi Pertama, Skli Keluar Takbir Raya
Next articleRosyam Nor Berang, Ingin Saman Dalang Di Sebalik Akaun ‘Fake’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here