Home Isu Semasa Rosyam Nor Berang, Ingin Saman Dalang Di Sebalik Akaun ‘Fake’

Rosyam Nor Berang, Ingin Saman Dalang Di Sebalik Akaun ‘Fake’

146
0

Baru-baru ini tular di halaman tiktok apabila satu individu membuat naik video yang mempunyai gambar isteri dan anak Rosham Nor. Menyentuh soal rumahtangga, video yang dikongsikan di TikTok milik kelab peminat pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian warganet di media sosial. Ramai yang memuji kesetiaan Rosham Nor terhadap isterinya.

Namun, pelakon Datuk Rosyam Nor yang juga pengarah dan penerbit meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang didakwa melanggar privasi keluarganya.

Menurutnya, dia sudah membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung akaun terbabit.

“Siapa di sebalik akaun Tik Tok berkenaan? Terdesak sangat ke hendak mendapatkan ‘like’ dan ‘followers’? Adakah ini cara untuk mendapat perhatian di media sosial? Mengapa apabila anak saya menghantar meninggalkan komen di akaun berkenaan, namun disekat oleh mereka?

“Saya tidak suka dan kurang gemar dengan apa yang berlaku ini. Selama ini saya tidak pernah memuat naik gambar isteri dan anak-anak bagi menghormati privasi mereka.

“Malah, pihak media juga sudah maklum mengenai perkara ini. Malah, saya sudah membuat laporan kepada MCMC untuk tindakan lanjut,” ujar Rosyam.

Kalau betul pun minat terhadap Rosham Nor, tidak patut berbuat sedemikian. Kan sia-sia je Rosham Nor dan marah. Dah kena sama sakit lah nak bayar.. Apa-apa pun, min harap semua perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous articleHarta Karun Paling Mahal Di Dunia Milik Tamadun Melayu Melaka?
Next articleDiceraikan Talak 3, Bekas Suami Dtg Rumah Kerana Cemburu Buta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here