Home Dunia Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Gugurkan Kandungan Dengan Secara Sengaja

Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Gugurkan Kandungan Dengan Secara Sengaja

199
0

Muhammad Hafidz Roshdi merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 November 1994, berasal dari Shah Alam, Selangor. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/2012. Terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Me. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di TV3.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Hafidz Roshdi telah ditemuramah oleh wartawan selepas sebutan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya di Mahkamah Syariah Shah Alam. Beliau mengatakan berasa sedih atas keguguran anak ketiga mereka yang dimaklumkan oleh peguam pada 5 Mei lalu.

“Dia Whatsapp saya memberitahu bahawa dia akan menggugurkan kandungan dan meminta duit untuk kos perbelanjaan tersebut” -kata Hafidz Roshdi

Baca lagi: Tak Sampai 2 Bulan Berniaga, Bisnes Shuhada Jual Biskut Shelup-Shelup Bungkus

Baca lagi: “Kenapa Uwais Tak Pakai Baju Sama Warna…” -Sekali Ini Respon Shuib

Lihat klip durasi pendek kenyataan Hafidz Roshdi dibawah:

Selain itu, beliau turut memberi kenyataan bahawa beliau juga telah mencuba untuk berjumpa dengan anak-anaknya namun tidak diberi kesempatan. Hafidz Roshdi juga mengatakan beliau telah membuat laporan polis dan mempunyai bukti atas sebab isterinya meminta wang untuk tanggung kos keguguran menerusi aplikasi Whatsapp.

Menurus media, kes sebutan cerai Hafidz Roshdi dan Shuhada telah ditangguhkan pada 20 Jun nanti.

Screenshot 2023 05 09 140743

Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, meminta Hafidz Roshdi jangan laporkan sesuatu benda yang tak pasti. Ada juga segelintir netizen mengatakan bahawa kemungkinan kandungan tersebut tidak ‘menjadi’ dan perlu digugurkan. Beberapa netizen juga mengatakan mungkin Hafidz Roshdi salah faham jika dakwaan beliau itu tidak benar.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Officialhlive

Previous article“OKU Atau Bukan OKU..Kita Lihat Siapa Yg Kena..”-Netizen
Next article“Tolong Berhenti Buat Kerja Tak Berkat”-Report Dah Buat Tp Polis Ckp Staff Cuai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here