Home Dunia Hafidz Roshdi Buat Dua Laporan Polis Mengenai Shuhada, Gugurkan Kandungan Dengan Secara...

Hafidz Roshdi Buat Dua Laporan Polis Mengenai Shuhada, Gugurkan Kandungan Dengan Secara Sengaja

306
0

Muhammad Hafidz Roshdi merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 13 November 1994, berasal dari Shah Alam, Selangor. Beliau terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel. Hafidz Roshdi berkahwin dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Hafidz Roshdi dan isterinya yang dikenali sebagai Shu telah menjadi kontroversi kemelut rumah tangga yang masih belum diselesaikan apabila timbul pula dakwaan keguguran yang berlaku baru-baru ini di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan bahawa pihaknya pada 17 April dan 6 Mei lalu ada menerima dua laporan berhubung perkara berkenaan daripada Hafidz Roshdi. Bagaimanapun, beliau berkata siasatan masih belum dilakukan berikutan kes tersebut masih lagi berjalan di mahkamah.

Baca lagi: “Boleh plk ya tanpa niat” -Hafidz Roshdi Mohon Mahkamah Selidik Semula Lafaz Cerainya

Baca lagi: Bergaduh Dengan Suami Dan Ditinggalkan Dihadapan Kedai Berjam-Jam Dalam Keadaan Sarat Mengandung

Screenshot 2023 05 11 155000

“Tiada sebarang siasatan dibuat ke atas dua laporan polis berkenaan dan ia sudah dirujuk kepada Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu ini masih berjalan”

Menurut beliau, sekiranya dakwaan pengadu itu benar satu laporan polis harus dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan bersama maklumat berkaitan laporan tersebut yang akan dimajukan kepada kawasan di mana keguguran dilakukan. Bagaimanapun, sebarang perkembangan akan dimaklumkan semula.

Sebelum ini, Shuahada telah mengesahkan beliau mengalami keguguran anak ketika mereka yang berusia 2 minggu. Setelah selesai prosiding sebutan kes cerai kelmarin, Hafidz Roshdi mendedahkan isterinya sebelum ini ada memaklumkan kepadanya mengenai keinginan untuk menggugurakan kandungan.

Screenshot 2023 05 11 155042

Hafidz Roshdi juga mengatakan isterinya iaitu Shuhada memberitahu ingin menggugurkan kandungannya melalui aplikasi Whatsapp dan beliau terus bertindak melaporkan kes tersebut kepada pihak polis.

Prosiding lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan pada Selasa di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam ditangguhkan pada 20 Jun ini, selepas peguam mewakili Hafidz Roshdi mendapati berlaku lafaz cerai di luar mahkamah sebanyak dua kali.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: OhBulan

Previous articleBergaduh Dengan Suami Dan Ditinggalkan Dihadapan Kedai Berjam-Jam Dalam Keadaan Sarat Mengandung
Next articleWanita Ini Terkejut Lihat Anaknya Di ‘Breastfeeding’ Oleh Orang Lain Tanpa Izin
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here