Home Kehidupan Dua Lelaki Mabuk Lagak Samseng Halang Bas Sewaktu Operasi, Akhirnya Ditahan Polis

Dua Lelaki Mabuk Lagak Samseng Halang Bas Sewaktu Operasi, Akhirnya Ditahan Polis

188
0

Dua lelaki ditahan polis kerana telah mabuk dan mengganggu ketenteraman orang awam. Lelaki yang dipercayai mabuk itu memandu kereta berjenama BMW dilihat seakan-akan ingin memberi laluan kepada bas henti-henti yang ingin jalan.

Tidak lama kemudian bas yang dipandu mangsa kemudian telah ditahan suspek dan suspek juga memarahi mangsa dengan menghentak beberapa kali dinding bas menggunakan tangannya.

sinetronmalaya.com mabuk kn

Baca juga : “Mabuk Punya Hal”-Pemandu Lori Tahan Kereta Lawan Arus Di NKVE

Baca juga : Pemuda mabuk rempuh Vios, Kanak-kanak, bayi parah

Manakala, seorang lagi rakan nya yang turut masuk datang menghampiri mangsa dan memegang cermin sisi di bahagian pemandu. Kemudian, suspek seolah-olah ingin merosakkan cermin tersebut, mujurlah mangsa bertindak pantas dan bergerak lalu untuk meneruskan perjalanan nya.

Malangnya, perkara tersebut tidak habis di situ saja, tetapi kedua-dua suspek kemudiannya mengekori mangsa dari arah belakang dari terminal bas Kulai sehinggalah sampai ke Jalan Batu 21 Kulai Besar.

sinetronmalaya.com mabuk kn 1

Kedua-dua suspek yang mabuk itu bertindak melakukan hal yang sama kepada pemandu bas tersebut. Namun, mangsa cuba berdiam diri dan cuba memastikan penumpang dalam bas tersebut terselamat.

Suspek kini dihadapkan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman. Jika tersebut kesalahan, suspek akan menerima denda mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sumber : Kosmo
Previous article“Bukan Sng Nk Cari Org Kaya Baik Hati Cmni..”-Cerita Sbnr Budak Grab Langgar Alphard
Next article“Boleh Jadi Duta Sunlight Dah Ni”-Koleksi Sunlight Tarik Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here