Home Hiburan “Diorang Yang Suruh Saya Pakai Telekung..” – Sajad Bongkar Kisah Sebenar Yang...

“Diorang Yang Suruh Saya Pakai Telekung..” – Sajad Bongkar Kisah Sebenar Yang Terjadi Di Mekah

192
0

Baru-baru ini Sajat telah berkongsi semasa live Tiktok tentang mengapa dia memakai telekung semasa menjalankan ibadah umrah. Nama usahawan kosmetik kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia berpenampilan seperti jemaah wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, dua tahun lalu. Sehingga kini, masih ramai yang berfikir Sajat berbuat sedemikian dengan sengaja tanpa menjaga sensitiviti agama.

Setekah sekian lama berdiam diri, kini Sajat menerusi siaran langsung di TikTok telah menjawab persoalan pengguna laman sosial yang bertanya mengenai kes memakai telekung serta bertudung ketika di sana. Menjawab soalan yang diajukan oleh seorang pengguna laman sosial, Sajat berkata dia berpenampilan sedemikian kerana dipaksa atas arahan pihak imigresen di sana.

“Tak, kat Mekah tu memang saya kena pakai macam tu. Memang, lillahi ta’ala, sumpah. Memang saya sampai di imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai hijab (telekung),” katanya.

Menurut Sajat lagi, dia menegaskan apa yang diberitahunya itu bukan satu penipuan serta berani bersumpah di atas nama ibu dan bapanya.

“Lillahi ta’ala, sumpah, lillahi ta’ala, kalau saya menipu, matilah mak bapak saya,” tuturnya lagi.

Perkongsian Sajat itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang mengatakan pihak imigresen meminta usahawan itu berbuat demikian kerana susuh tubuhnya boleh mengganggu jemaah lelaki.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@ShaShah:Betul tu.. saya percaya sebab kawan saya yg pergi saudi pun di suruh pakai tudung.. dia transgender .. pergi Iran pun di suruh pakai hijab

@Wanie:maybe orang tu taknak bagi keliru kut..tapi bagus la jat die jujur walaupun lambat..kita doa yang baik² je untuk die..skrg bnyak nsht die bagi

@bella김:bila d pk2 kan, immi soh pakai pakaian telekung tp mana dia dpt pakaian perempuan full set dlm masa yg singkat ? befikir2 dr smlm psl ni

@ienapuspawangi:betul LA tu dia kena ttup xnak ggu jemaah lain

@Jery Sion:semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin

@aisha7823:sajat kelakar la,klau Ada masaalah hilang ,😁lucu

@beautifulsmile:Betul tu atas faktor fizikal jat sdh tukar utk menutup aib jantina…tak kan la jat pakai ikut jantina asal. Kena fhm la fizikal jat waktu ke sna waktu

@Puteri Surayah:knp die yg wat slh org laen kne sumpah mati?

@marjoko:Betul la tu.. Dia dah bersumpah..

Sampai bersumpah eh sajat, insyaAllah betul lah tu kut. Apa-apa pun kita serahkan kepada yang maha esa. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber Tiktok dan Instagram

Previous article“Macam Suara Akim, Serak Serak Basah..” – Nyanyian Lagu Sayunk I love You Tarik Perhatian Netizen
Next article“Upin Upin Dalam Dunia Sebenar..” – Kembar Menyerupai Upin Ipin Buat Netizen Terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here