Home Sedih Dikritik Tidak Menjaga Hati Watie, sekali Respon Shuib Raih Tumpuan Ramai

Dikritik Tidak Menjaga Hati Watie, sekali Respon Shuib Raih Tumpuan Ramai

357
0

Pelawak dan penyampai radio Shuib menangkis dakwaan dan kritikan orang ramai yang berpendapat dia tidak menjaga hati isterinya, Watie kerana sering berkongsi kerinduan terhadap Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Kata usahawan itu, dia bertuah kerana dijodohkan dengan Watie sebagai teman hidup kerana wanita berkenaan sangat memahami situasi malah memberi green light untuk berkongsi tentang isteri pertamanya.

“Pada awal perhubungan saya ada bertanyakan kepadanya tetapi dia pula cakap, kenapa perlu tanya? Kongsi sahaja sebab dia pun tak kisah…” – Shuib

“Inilah antara sebab saya pilih Watie. Orang lain mungkin tak nampak, tapi saya dah lihat perkara ini sejak awal lagi dan saya sifatkan Watie ditakdirkan untuk saya…” – Katanya

Tambah Shuib kesedihan yang dirasainya akibat kehilangan insan tersayang kini telah diganti dengan kehadiran wanita yang serba memahami.

Malah, seperti yang kita ketahui Watie pernah beberapa kali menemani bapa kepada empat anak itu untuk menziarahi kubur arwah Siti Sarah.

“Susah cari wanita seperti dia. Watie pernah cakap, dia hadir dalam hidup saya untuk hilangkan kesedihan…” – Katanya lagi

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber: Kosmo

PERHATIAN:dalam hidup saya untuk hilangkan kesedihan…” – Katanya lagi

Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleBersihkan Nama Isteri, sekali Penyanyi Yonnyboii Dedah Hal Sebenar Mengenai Kenyataan Isteri
Next article“Amboi Tak Sangka Zamani Boleh Bergelek..” – Persembahan Zamani Di Gegarvaganza Hibur Hati Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here