Home Viral Dikecam Selepas Menegur Pakaian Artis, sekali Zainal Abidin Selar Peminat Fanatik Artis...

Dikecam Selepas Menegur Pakaian Artis, sekali Zainal Abidin Selar Peminat Fanatik Artis Wanita

1130
0

Penyanyi Veteran Terkenal, Datuk Zainal Abidin selar segelintir peminat artis yang bersikap kurang ajar dan biadap ketika memberikan komen kepadanya di media sosial. Menerusi laporan Harian Metro, Zainal memberitahu dia berasa kecewa dengan komen-komen pedas yang diterima. Tambahnya, perkara tersebut boleh disifatkan sebagai satu hinaan.

“Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Ramai antara mereka yang ‘post’ dulu baru fikir. Sepatutnya mereka fikir dulu baru ‘post’. Saya terima segala teguran atau kritikan kalau mereka menegur secara berhemah…” – Zainal Abidin

“Ini tidak, komen yang ditulis semuanya kurang ajar dan biadab seperti panggil saya dengan panggilan pakcik tua nak mampus serta kubur dah panggil…” – Katanya

Ujar Zainal lagi, dia berharap setiap pengguna media sosial terutama peminat fanatik artis supaya beradab dan bijak menggunakan media sosial.

“Bagi saya, janganlah guna bahasa sedemikian. Daripada saya terbuka hati nak terima nasihat, saya jadi makin benci. Kita orang Melayu dan beragama Islam sepatutnya kaya dengan adab dan adat. Walaupun anda ustaz sekali pun, kalau tiada adab yang baik tetap saya tak boleh terima…” – Katanya lagi

Sebelum ini, Zainal telah menerima kecaman yang teruk oleh peminat fanatik kepada seorang penyanyi wanita iaitu Aina Abdul selepas tindakannya menegur gaya fesyen artis itu yang disifatkan keterlaluan.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleMenyanyi di Atas Bot, sekali Nyanyian Anak Shuib Mateen Raih Tumpuan Ramai
Next article“Rahsia Memikat Syamsul Yusof..” – Ira Kazar Payung Bakat Menyanyi Buat Ramai Terpukau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here