Home Hiburan Dihentam Pakai Anting-Anting Seiras Bentuk Salib, Scha Alyahya Tampil Perjelas Perkara Sebenar

Dihentam Pakai Anting-Anting Seiras Bentuk Salib, Scha Alyahya Tampil Perjelas Perkara Sebenar

429
0

Heboh di laman sosial pelakon dan pengacara Scha Al Yahya mengenakan anting-anting yang didakwa berbentuk salib ketika menghadiri majlis sidang media pengenalan Finalis Herodewi Remaja baru-baru ini.

Rata-rata netizen menegur Scha yang memakai anting-anting sedemikian. Mereka berkata yang benda seperti ini kena lebih berhati-hati walaupun nampak macam sama.

axia

“Terkejut aku tengok subang Scha..”

“Ya. Itu lambang ‘cross crosslet’, salah satu lambang salib. Mungkin dia tak tahu atau tak peka..”

Tidak berdiam diri, pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini tampil menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa ia adalah logo sebuah jenama antarabangsa.

Bukan salib, tapi x logo Off White. Sekian.

scha

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut menjelaskan bahawa anting-anting tersebut bukan berbentuk salib selain menegur dakwaan yang sengaja ditimbulkan itu boleh menjadi fitnah kepada Scha.

“Fikirlah secara logik, takkan dia nak pakai salib. Bentuk salib bukan macam itu..”

“Salib bentuk tiang tengah tu panjang, bukan empat sama. Jangan isukan nanti jadi fitnah..”

“Itukan bukan tanda salib. Kalau tanda salib dia satu panjang dan satu pendek. Yang dia pakai itu sama panjang..”

Previous articleTolak Tawaran Diminta Tanggal Tudung, sekali pelakon Margeret Gan Nasihat Angeline Tan
Next article“Tolonglah Jangan Fitnah, Aku Tak Pernah Tampar Muka Kau Eh…” – Syafiq Amzah Merayu Pada Shila Amzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here