Home Isu Semasa Diboikot Oleh Rakyat Kelantan Kerana Bersuara Isu Air, sekali Syahmi Sazli Luah...

Diboikot Oleh Rakyat Kelantan Kerana Bersuara Isu Air, sekali Syahmi Sazli Luah Rasa Sedih

235
0

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan luahan yang diutarakan isteri kepada influencer terkenal, Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul berkenaan masalah air yang berlaku di Kelantan.

Ada yang nak boikot Syahmi & isteri

Disebabkan itu, Anissa dan Syahmi teruk dihentam beberapa pihak walaupun mereka langsung tidak menyentuh mana-mana parti politik dan hanya menyuarakan keresahan sebagai rakyat yang tinggal di negeri tersebut.

Walaupun sudah menjelaskan apa yang terjadi namun ada pihak lantang mahu memboikot perniagaan influencer dan juga usahawan terbabit.

Screenshot 2023 08 06 at 12.02.16 PM

Bersuara demi kebaikan rakyat senegeri

Sedar bukan semua dapat menerima kenyataan, pasangan berkenaan reda jika mereka diboikot hanya kerana bersuara demi kebaikan rakyat senegeri.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih memahami serta terus memberikan semangat dalam menghadapi hentaman sesetengah pihak disebabkan isu ini.

Screenshot 2023 08 06 at 12.02.07 PM

Terdahulu, Syahmi telah menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat isterinya adalah respon kepada luahan seorang wanita yang kesal kerana perniagaannya mengalami masalah selepas menghadapi gangguan air selama enam bulan.

Ujarnya, Anissa sama sekali tidak menyentuh tentang pertukaran parti politik atau sebagainya kerana apa yang dinyatakan adalah masalah rakyat.

Pengarah berusia 28 tahun itu juga memohon maaf jika apa yang mereka ucapkan itu menyinggung mana-mana pihak tetapi masalah air yang dihadapi rakyat Kelantan tidak boleh dipandang sebelah mata.

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous article‘The Living Legend’, Anuar Zain Buat Sound Check Dah Macam Konsert
Next articlePembaca Berita Tahan Sebak, Bayi Dilanggar Kenderaan Ketika Mengundur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here