Home Uncategorized “Dia Tak Pandai Bercinta..” – Tiada Jodoh, Azal Tidak Jadi Berkahwin Dengan...

“Dia Tak Pandai Bercinta..” – Tiada Jodoh, Azal Tidak Jadi Berkahwin Dengan Gadis Indonesia

120
0

Baru-baru ini, Zarina Zaiunudin ada mengumukan yang anaknya Azal Azrai bakal bernikah dengan kekasihnya yang berasal dari Indonesia. Berita gembira itu mendapat perhatian ramai dek kerana mereka tumpang gembira dan tidak menyangka anaknya itu yang Azal mempunyai mild autisme akhirnya bertemu jodoh.

Jodoh tidak panjang, anak kepada pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal Azrai memaklumkan bahawa hubungan cintanya bersama seorang wanita dari Indonesia telah berakhir.

Menerusi perkongsian oleh usahawan, Datuk Aliff Syukri di TikTok, kelihatan Zarina, Azal dan aktres jelita, Datin Maria Farida sedang berbual-bual di sebuah restoran. Maria kemudian bertanya kepada Azal tentang status perhubungannya dengan teman wanita.

Bagaimanapun, Azal memaklumkan bahawa hubungan mereka tidak kekal lama dan telah putus di tengah jalan.

@abangterlajaklariskesianyaa awakk

♬ Very Sad – Enchan

Kecewa dengan berita tersebut, Maria berharap agar Azal dapat mencari pengganti.

“Sedih la macam ni, hari tu dengar dah nak kahwin tapi ni putus pula..”

Sementara itu, Zarina menjelaskan bahawa karakter Azal tidak sama seperti orang lain ketika bercinta yang mungkin menjadi faktor hubungan mereka terlerai.

“Azal dia tak pandai bercinta, dia tak pandai macam orang lain. Bila bermesej dia akan jawab ‘nak apa?’…”

Sedihnya, takpelah mungkin Azal akan bertemu jodoh yang lebih baik suatu hari nanti. Min dan netizen akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Zarina dan keluarga.

Previous articleOtai Masih Berbisa, Dato Nash Nyanyi Bersama Buskers Di Sogo
Next article“Tudung Itu Bukannya Wajib Tapi Yang Wajibnya Menutup Aurat…” – Fathia Latiff

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here