Home Hiburan “Dia Masuk Pentas Pun Aku Meremang Dah, Best Sangat Suara Dia..” –...

“Dia Masuk Pentas Pun Aku Meremang Dah, Best Sangat Suara Dia..” – Nyanyian Shila Amzah Di Gegarvaganza Buat Netizen Tergamam

160
0

Shila Amzah atau nama sebenar NurShahila Amir Amzah merupakan suatu nama yang amat besar di Malaysia. Beliau merupakan seorang penyanyi, komposer, penerbit rakaman dan pelakon yang terkenal di Malaysia. Beliau mulai bergiat aktif dalam dunia seni sejak berusia 10 tahun lagi hasil didikan bapanya sendiri yang juga merupakan penyanyi terkenal tanah air, ND lala. Beliau telah banyak memenangi anugerah dan menang banyak pertandingan sepanjang kariernya sebagai penyanyi. Antara pencapaian terbaiknya adalah menjadi juara di Asian Wave yang diadakan di Shanghai, China. Shila merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di Hong Kong, China dan Taiwan menjadikan beliau artis Melayu pertama yang berjaya di ketiga-tiga negara tersebut.

Semua sedia maklum, Shila Amzah telah memasuki pertandingan menyanyi Gegar Vaganza musim yang ke-9. Ramai yang memberi komen Shila Amzah terlalu hebat untuk pertandingan tersebut dan juara ada di dalam tangannya. Namun, ianya adalah sebuah pertandingan dan sudah tentu pencabarnya yang lain akan cuba bersaing untuk memenangi pertandingan tersebut. malam tadi, Shila Amzah telah beraksi di minggu pertama gegar Vaganza. Nyanyiannya yang begitu merdu sama seperti rakaman membuatkan netizen terpegun.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen
@𝕷𝖚𝖖𝖒𝖆𝖓 𝖍𝖆𝖐𝖎𝖒:Sekali nafas je weh sambung terus memang dia juara lah

@NURISSA:peserta gv9 ni ibarat pertandingan antara juara

@uyoooo:best gilaaaa….dapat aura tuu ,dia masuk pentas pon aku dah remang dahh

@-☾𝓶𝓸𝓸𝓷._.𝓵𝓲𝓰𝓱𝓽☽-:Mcm artis jmputan bukan peserta

@Zura Nasir:patut dia masuk 10tahun akan datang

@sweet edu famous:Komen Tok Ram utk Shila Amzah mmg terbaik!

@mattdann:shila ada fans seluruh dunia.

@farhahhawadah:dia kalau nyanyu mmg feel ke dlm weh. nyanyi lagu kat china tu pun . Aku tk faham apa. tp sampai feel sedih dia tu hahahah

@Fatin:Shila memang master of competition

@𝑖𝑡𝑠𝑚𝑒𝑧𝑎𝑐𝑘🤍:dah bole terus ke final ni , shila je juara HAHAHA sumpah sedap

@faridakmalz:Jgn lupa jac dia punya suara perghhhh,mcm shila xpernah agi dpt vokal terbaik kt ajl or aim

@rosssyaaaaa:juara maybe shila amzah or Jaclyn victor

Shila Amzah ni memang tidakk boleh disangkal lagi, suaranya memang betul-betul sedap dan layak dipanggil juara. Apa-apa pun, min doakan yang terbaik untuk Shila. Tak sabar nak tengok Shila nyanyi di minggu yang seterusnya..Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Sumber tiktok dan Instagran

Previous article“Lain Macam Dia Tarik, Meremang Mat…” – Vokal Si Cilik Buat Hael Husaini Tergamam
Next article“Penat Aku Gelak Dengan Kak Lina Pom Pom Ni..” – Nabil Tak Larat Nak Control ‘Hyper’ Elly Mazlein

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here